What went wrong?

http://www.wessexscene.co.uk/wp-content/uploads/2012/09/malay-school.jpg

There is something fishy going on with our education system today. Maksud aku, our first first 12-13 years at school – tadika, sekolah rendah & sekolah menengah. I am a tutor at one of Malaysia’s IPTA. Selalunya aku akan mengajar/assist pensyarah bagi 1st year students. Budak2 yang baru saja lepas diploma atau matrikulasi atau form 6. Kadang2 ada jugak student yang sudah pernah bekerja tapi nak ada degree.

Ok, ni menyimpang sikit—

Bagi mereka yang membaca post ni, yang masih bersekolah, dan ada angan2 nak masuk universiti, aku nak tanya sesuatu- KENAPA KAU NAK MASUK UNIVERSITI? Soalan ni adalah sangat penting and I personally urge parents/older siblings to seriously as your child/younger siblings. Kenapa sebenar-benar-benarnya kau nak masuk universiti. Sebab orang lain sumer masuk uni? Sebab parents suruh? Sebab kawan2 lain sumer masuk uni?

Kenapa sebenar2nya?

Meh aku nak cakap, kalau alasan korang adalah seperti apa yang aku tulis kat atas… FORGET IT. Tak payah masuk uni. Buang masa, buang duit dan menambah beban hutang.

Sebab?

RAMAI student universiti kat tempat aku kerja ni makin lama makin susah nak lulus. SEBAB masuk uni bukan atas kemahuan sendiri. Atau yang LEBIH teruk, masuk uni ambek saja apa course yang dapat walaupun tak MINAT. Asalkan masuk sebagai PELAJAR UNIVERSITI. Hasilnya? Student jadik SANGAT pemalas, takde motivasi, tak paham LANGSUNG (kebanyakannya) apa isi kandungan pelajaran dan bila ada subject yang fail, buat muka selamba macam takde apa2. Kalau masa zaman aku dulu, dapat D pun dah mula menggelabah. Student skarang? Even though they fail the subject, that just don’t give a shit.

Haih.

Pastu bila ada subject2 yang fail, kena repeat. Bila macam tu, confirm laa pointer rendahhh. Kau ingat, dengan pointer 3.0 kau akan senang2 dapat kerja?? People are obviously getting smarter. Jurang antara yang pandai dan tak berapa nak pandai semakin besar. Dah laaa kau berbahasa Inggeris pun tak pandai, pointer bawah 3.0, pastu bukannya minat bidang pengajian… Apa guna kau ada degree?? Jangan lupa, PTPTN tu bukan free. Tu BUKAN hak kau. Tu adalah duit rakyat. Tak malu ke pakai duit orang lain tapi TAKNAK bayar? Bayangkan, jobless dan ada hutang lebih 30ribu. Dah la rumah makin mahal, anak dara semakin tinggi hantaran. Kau rasa kalau kau kategori macam ni, mana tempat kau?

Tolong laa anak2 muda. Tak semestinya kalau takde degree, kau akan mati. Tak semestinya takde degree, kau akan miskin/susah. Dulu zaman2 aku belajar dulu, memang betul, kalau takde ijazah susah nak dapat kerja. Tapi sekarang dah banyakkk peluang nak berjaya kat luar sana. Generasi internet & business baybeh~ Kalau kau manipulate internet tu, kau boleh berjaya. Member aku jual tudung, untung bersih bulanan dia 5 ribu. Lagi banyak compared to a Master degree holder like me.

Oleh itu…. Pikir2 la ye.

Ok, kembali kepada topik asal.

[Aku banyak membebel hari ni]

Pasal education system kita hari ini. Aku ada ‘pasang telinga’ perbualan rakan2 pejabat beberapa bulan lepas. Pasal anak2 mereka yang berumur 4 tahun ke atas. The main point- apa yang sepatutnya budak belajar di tadika?

Since anak aku dah masuk 1 tahun 4 bulan, benda2 macam ni sememangnya menarik perhatian.

Pensyarah #1 – Kalau ikut education system kat US, budak2 ni, masa sekolah rendah pun banyak main. Kelas & subject banyak maaaain je. Sports la, apa la. Tadika derang, mana ada sampai budak2 tu pandai baca buku sangat. Bila masuk pertengahan sekolah rendah baru laa mula serius sikit.

Pensyarah #2 – Itu laa aku rasa macam culture orang kita ni, terlampau nak anak tu pandai baca buku masa umur 5 tahun. Padahal umur tu, budak2 sibuk main & berimaginasi. Aku tak setuju tapi bini aku sibuk nak hantar anak aku masuk Kumon. Anak aku tu baru 4 tahun!

Staf #1 – Dulu saya hanta anak saya ke Tadika U*M. Risau sebab dah setengah tahun tapi tak pandai membaca. Saya keluarkan masuk taska terus pandai membaca. Tak bagus laa hantar tadika tu. Budak2 banyak main.

Pensyarah #3 – Anak aku skarang dah masuk darjah 6. Punya laa tak reti bergaul- asyik ngadap keje sekolah je.

Pensyarah #4 – Masa aku buat PhD kat US, anak aku 10 tahun tu sekolah kat sana. At one point, I stuck! Tak tau nak buat apa, until my 10 year old kid yang bagi solution. It is about critical thinking- itu yang lack from our education system. Kids even at university level fail to think *tunjuk kepala

Masa aku tadika, aku tak pernah ingat pasal ABC atau 123. Memori dan gambar2 aku sumer pasal main- main basikal, main pasir, main air. Tapi takde pulak laaa aku jadik ‘bodoh kekal’. I survived primary & secondary school. I survived diploma and degree and masters.

So, sebagai pendengar terhadap cerita2 ini. Aku berpikir dan mula menyoal- What went wrong? It is true, student kat uni ni, sangat kurang skil critical thinking. As designers, we are trained to think about solving problems. Masalahnya student skarang, kalau jadik ‘budak suruhan’ dia memang boleh, tapi nak jadi leaders agak sukarrr. Sebab kadang2 they fail to judge and give immediate decisions. Or sometimes fail to decide at all. Kalau tak paham, they DON’T ASK. Bila fail, mana ada nak datang jumpa tanya kenapa dia fail. Tak paham, diamkan. Tak reti buat, diamkan. Bila kita marah dia tanya balik- boleh tanya ke? Eeeeee geram aku.

Satu aku perasan, content buku sekolah. Dah macam universiti pun ada aku rasa. Level sekolah tak payah laa nak bagi lebih2 macam level universiti. Tapi, masuk uni, takde laa cepat tangkap mana pun. Pelik aku. Too much materials to read sampai nak berfikir secara independent memang takde peluang. Balik sekolah, mak ayah hanta tusyen. Hujung minggu pulak pegi lagi kelas tambahan. Kesian budak2 sekarang aku tengok.

Aku rasa persaingan menjadikan parents cukup risau kalau anak2 mereka tak berapa nak pandai.

Generasi spoon feeding ni kena stop. Sampaikan nak pilih course apa masa nak masuk uni pun CIKGU yang tolong pilih. Siap katanya, compulsory isi cikgu sebagai pilihan pertama.

Haih.

I am not a genius in education. There must be something wrong somewhere. Bukan hanya kat sekolah, malah, cara kita as parents didik anak2 pun, aku PASTI ada pengaruh dia. Aku jadik takut + risau kalau Aidan pulak jadik macam these kids kat uni ni. If you guys have opinions or suggestions, please feel free to comment.

6 thoughts on “What went wrong?

  1. Amierul Syaffiq berkata:

    mcm tak bersyukur je….org lain menangis2 nak masuk

  2. jim berkata:

    Penyakit don’t ask tu sbenarnya bkn student don’t really want to ask. We as students have so many many many questions to ask. Just like kids. Cuma biasanya tersimpan di lubuk hati n perhaps someday forgotten. Why? Sebab bila kita tanya,jwpnnye tak memberangsangkan. Sarkastik, kena pulang soalan balik, kena marah tak kaji betul2 n whatnot. I’ve had different kind of reactions from teachers and thruthfully, i like getting answers that encourage me to ask for more. Kita tak suka org negatif kenapa kita sendiri pun jadi negatif ye tak? And, most of the time, i realize i learned more of the teacher’s attitude rather than the things they taught. Humble teachers the best. Humble bukan hambar. Hehe. May Allah guide you to be a great tutor.

    • jsmn berkata:

      i agree with you, totally! sebab kita semua pernah jadik pelajar. it’s good that we always refer to our student days, supaya kita boleh improve cara kita interact dengan student. hahaha dapat feedback sarkastik adalah benda yang paling tak best!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: