Sesi soal jawab kepada diri sendiri

Pernah tak kau dapat soalan macam ni:

.

Kenapa kau pakai tudung?

Apa tujuan kau pakai tudung?

.

Aku? Aku tak pernah dapat. Tapi, aku pernah tanya diri aku sendiri. You see, kadang2 memang aku akan tanya diri aku sendiri beberapa soalan yang kadang2 aku rasa aku tau jawapan dia. Tapi selalunya, jawapan yang diri aku bagi pada diri sendiri hanya akan muncul setelah beberapa hari aku observe dan tengok diri sendiri dalam cermin. Dan selalunya tak sama dengan jawapan spontan yang otak aku bagi right after aku tanya soalan pada diri sendiri.

Biasa lah. Perempuan akan lebih menjurus kepada jawapan emosi. Talk about hormones. Sheesh.

.

Aku mula bertudung masa sekolah. Sekolah rendah dulu, biasalah, parents akan pakaikan tudung. Ada sesetengah sekolah mewajibkan pemakaian tudung. Macam sekolah menengah aku masa form 4 & form 5 dulu. Lepas sekolah rendah, aku masuk sekolah agama. SMKA. Of course la sekolah agama wajib bertudung. Tudung labuh lagi. Gittew. Aku bersekolah kat sekolah agama sampai aku 2 bulan pertama form 4. Masa aku kat sekolah agama tu, kalau aku keluar rumah pun kadang2 aku pakai tudung labuh. Konon masa tu terasa insaf dan nak bawak culture pakaian kat sekolah.

Tapi, sedia maklum, benda yang dilakukan tanpa nawaitu yang betul dan keinginan yang bersungguh selalunya tak akan tercapai.

Tapi aku masih bertudung, walaupun bukan tudung labuh.

Masa form 4 aku pindah ke sekolah menengah biasa dekat area rumah. Being the new girl, aku dah ready untuk jadik lone ranger kat sekolah. Masa aku kat sekolah agama dulu pun, kawan aku 1-2 orang je. Aku tak suka move in flocks. 3 orang dah cukup ramai bagi aku. Masa form 4, form 5, aku masih bertudung. At the time, tudung tu jadik macam part of my outfit. Kalau keluar rumah atau beli baju apa2 mesti consider tudung apa nak kena pakai/beli. Tapi masa tu dah pandai selempang tudung. Kalau dulu tudung tu dibiar jatuh & pinkan biar rapat, masa ni dah pandai selempang & pinkan kat bahu. Dah reti beli brooch. Tapi masa tu aku rock so aku tak beli yang ada batu permata hehe.

Habis sekolah, aku sambung belajar di peringkat diploma. Masih bertudung tapi bila dah ada boipren (biasalah, dalam hati kena ada taman), dan boipren pulak ada kereta, aku mula berjinak2 tanggal tudung bila berjalan jauh. Kadang2 pegi piknik dengan kawan2 sumer. Masa tu duk pikir, mandi laut takkan nak pakai tudung kan? So bermula la era on and off pakai tudung dan benda tu berkekalan sampai laaa aku dah habis belajar. Tapi selalunya aku jarang free hair (term untuk perempuan Muslim yang tak pakai tudung) di tempat ramai orang. Kadang2 just bubuh selendang atas kepala, jambul/ekor rambut terkeluar.

Then, I got married (puk pang puk pang). Dan rezeki kami, sebelum cukup setahun aku bernikah, kami ada seorang anak… Perihal tudung on and off ni kadang2 masih berlarutan terutama waktu malam. Kalau nak keluar kejap pegi kedai ke, kadang2 pakai topi je. Walaupun semakin jarang, tapi masih berlaku.

Sampai la satu hari, aku tenung anak dalam2… Hati aku terdetik.. What if, one day anak tu tanya “kenapa Mama kadang2 pakai tudung dan kadang2 tak?” Apa aku nak jawap? Sampai sekarang ni, aku tak jumpa jawapan yang sesuai untuk aku jawap kat anak tu. Haa punya laa saiko pikir pasal soalan2 anak bakal tanya. Pikir punya pikir, memang tak ada!

Jadi, aku ambek keputusan untuk tidak lagi tidak bertudung bila keluar rumah. Nak pakai selendang nampak leher pun aku cuba sedaya upaya elakkan. Aku berusaha jadik rajin pakai tudung.

Benda yang dulu aku lihat sebagai just part of an outfit menjadi satu benda yang mesti ada dalam outfit. Frankly, bila bertudung, I feel safer, more secure, more confident & it goes back to being a Muslim. Sekarang dalam proses nak ganti tudung2 yang pendek kepada yang lebih labuh sikit. Like my Mom said- it is now or never. In shaa Allah, bit by bit, kita improve la diri sendiri.

Seperti lirik Guerilla Radio oleh Rage Against The Machine - It has to start somewhere, It has to start sometime, What better place than here, What better time than now.

.

Yes, aku masih rock dalam jiwa hehehehe. Barakallah :)

2 thoughts on “Sesi soal jawab kepada diri sendiri

  1. TanTan berkata:

    Salam empunya blog..
    rasa nya ni pertama kli sy mnyinggah komen kt sini. biasa nya silent reader je. and ini post yg plg buat sy tertarik dlm byk2 post blog2 yg sy baca hari ni.
    Mashaallah. Ia pun bgaikan tkena dhidung sy sndri. Dari mak pakaikan tudung time sekola rendah, lepas tu msuk sekola agama n sampai ke stage on-off tudung. Just leave the fact that I dont have a child yet.

    Tapi alhamdulillah Tuhan masih sygkan hamba-Nya dan kurniakan insan yg istiqamah memimpin sy. Sbb sy pnh belajar yg perempuan akan tarik family lelaki nya ke..u know. dan sy fikir kesian kan parents, sibling lelaki n suami kita pun tanggung dosa x tutup kepala.

    semoga cik empunya blog juga sntiasa dbantu Allah dlm perubahan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: