Posted by

Mak Budak, Perempuan Random, dan Anak.

Karakter : 

  1. Mak Budak ialah seorang wanita lingkungan 40-an yang tidak bertudung tapi tak pernah expose lutut & ketiak. Pendek kata, tak pernah berpakaian seksi. Apa orang kata, she wears decent clothes.
  2. Anak ialah seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang sangat banyak bertanya kepada Mak Budak. Pendek kata, curious dan berfikir.
  3. Perempuan Random ialah seorang gadis berumur lingkungan awal 20-an, bertudung dan suka berfesyen macam awek2 tudung yang melambak di Malaysia. Pendek kata, baju singkat + seluar fit = OK sebab pakai tudung. Katanya tutup aurat.

.

Cerita :

Pada satu hari, Mak Budak dan Anak jalan2 kat Pavilion, KL. Nak beli baju baru si Anak ni ha. Sejak keluar rumah hingga ke parking lot, si Anak tak berhenti bertanya pasal ‘tudung’. Kenapa kena pakai, kenapa ramai pakai, kenapa ada tak pakai, kenapa mak tak pakai, kenapa ada macam2 fesyen, kenapa ada yang labuh ada yang nampak warna bra, etc. Si Mak Budak ni cubalah sedaya upaya menjawab soalan Anak dengan penuh hemah tanpa bias terhadap mana2 pihak. Si Anak puas hati dan tak bertanya lagi lantas terus fokus pada tujuan utama ke Pavilion – shopping.

Lalu lah Perempuan Random ini semasa mereka nak ke food court (kena makan dulu sebelum shopping, baru ada tenagaaaa).. Lengkap bertumit tinggi, sanggul lebih 90 darjah ke atas. Baju jenis kaftan tapi bila sampai bahagian pinggang mengecut menutupi buntut. Seluar skinny jeans. Mekap ringan tapi sapuan mata impak maksima. Memang stylo. Ramai mata menghala ke Perempuan Random lantas menyebabkan langkah nya semakin zig-zag. Ala2 model gitew.

Si Anak hanya diam dan memerhati. Si Mak Budak pulak memerhati reaksi si Anak. Lantas Mak Budak bertanya:

Kenapa tengok that lady macam tu? Isn’t she pretty?”

Si Anak masih berdiam diri. Riak muka dia nampak struggling nak jawab soalah Mak Budak.

Lawa? Hurmm if that is what you mean by pakai tudung, I rather be like you mom. Tak pakai tudung tapi tak seksi

.

Maka terdiam lah Mak Budak dan yakin lah dia bahawa si Anak memang berfikir. Dan, dia harus carik cara lain nak galakkan diri nya dan diri si Anak  agar tidak terus menzalimi diri sendiri.

.

Moral? It is not easy to change minds. Tak mudah nak ubah pendirian dan pegangan. Kena ada hujah yang baik lebih2 lagi kalau budak2 yang bertanya soalan. Kita yang dah besaq panjang nih, kena cuba sedaya upaya ‘mengaji’ dan kaji ilmu. Supaya, kita mampu jadik yang terbaik untuk anak2 kita nanti.

Alahai, kalau nak berfesyen tu tidak le aku kata salah. Tapi biasalah, lain orang lain persepsi. Aku? Aku tak kisah kalau KAU sendiri pun tak kisah pasal orang lain :)

.

.

* cerita berdasarkan kisah benar.

Antara pengajaran, research & tugas-tugas lain.

FAKTA: Apa yang aku tulis ni berdasarkan perbualan dengan senior staff kat Fakulti aku. Please double-check mana2 fakta dalam post ni.

.

Universiti Sains Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Universiti Malaya. Universiti Kebangsaan Malaysia. What does these universities have in common? The not-so-wanted-title : Research University. What is the difference between a research uni (RU) and a non-RU? One of the perks of such a designation is an additional 100million RM for each university for research, development and commercialisation activities. Why do I say ‘not-so-wanted’? Because of the workload these RU have to carry.

I admit, kami ni even though RU, takde la hebat sangat pun. I believe in putting myself equals to all living beings. Kelebihan orang lain adalah kekurangan aku dan kelebihan aku adalah kekurangan orang lain. In other words – balance.

Banyak kali aku dengar senior lecturers mengeluh sebab banyak kerja. Pengajaran lagi. Admin lagi. Research lagi. Tugas2 lain lagi. Workload mereka memang banyak, especially yang dah lepas PhD & dah jadi pensyarah kanan. Yang paling mereka keluh ialah gaji yang dibayar adalah sama dengan pensyarah dari non-RU. Aku tak pasti hal ni sebab takde contact dari non-RU. Mungkin betul, mungkin tidak. Tapi rasanya kalau ikut skim gaji Penjawat Awam, sama je.. takde pulak elaun esktra untuk staf dari RU.

Pagi tadi aku masuk department office, staff admin minta aku sign satu petition. Untuk mengembalikan Hospital Serdang kepada UPM supaya dapat fokus kepada pengajaran – sepertimana objektif asal penubuhan Hospital Serdang. Kalau kami di Fakulti ni complain pasal kerja pengajaran & research banyak, bayangkan Doktor2 di Fakulti Perubatan… Pengajaran + research + service. Waaaa letih tu! But, aku yakin mesti ada jalan penyelesaian. Takkan la pihak admin tak nampak betapa pentingnya pengajaran dalam konteks hospital ni. Nama pun universiti… staf pengajaran perlu lebih utamakan pengajaran.

Seperti mana yang aku dengar dari senior lecturers jugak, kebanyakan top universities di luar negara, mengasingkan staff akademik dan research staff. Apa kata kita cuba buat macam tu jugak.

Just a thought :)

Elok kalau kita pikir jugak ni

Awal malam tadi aku kena serangan migraine yang sejak-2-menjak ni semakin kerap. Alhamdulillah masa mengandung itu hari takda kena, lepas budak dah keluar migraine datang jengok balik.

Owh, so nice of you to drop by, migraine.

So bila dah tido awal dan terjaga tengah malam, aku pon jadik la laparrr. Bangkit tidoq masuk dapor dan prepare sandwich. Makan makan. Takkan nak terus tido? So mari lah kita online.. Dan aku baca status si Peri Cenderawasih. Dan aku tak dapat nak sangkal pendapat dia. Damn. Aku pon kadang2 berkelakuan sedemikian. Elok kalau tak buat lagi macam situasi kat bawah ni. Heh.

alhamdulillah,

boss saya setuju beri bonus balik kampung USD 4000.

syukur pada tuhan.

rezeki alhmadulillah!!

rezeki anak!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

itu bukan bersyukur.
tu nak berlagak.
tapi kau cucikan dosa bongkak kau dgn zikir nama tuhan.

keji.

semua orang dah kenal pesen aku-nak-menunjuk-tapi-aku-tanak-kena-label-perangai-bongkak-macam-iblis ini.
it is getting uber lame.

sama getik dengan amik gambo muka okay pastu buat caption “saye buruk”.

eleh.
pancing la tu.

Kan? Ala jangan tipu lah, tak payah in denial sangat. Kau pernah buat jugak kan? Ni konsep sharing is caring tak kena tempat la ni :)

sharing is caring (ye ke??)

Kalau korang perasan, kat Facebook dan Twitter selalu akan ada orang update pasal diri masing2. Tujuan nya ialah nak sharing apa yang terjadi pada diri dan persekitaran. Sama macam blog ini. Tujuan blog ini ialah sharing dan juga untuk sebaran ilmu yang aku dapat dan pahami. Sebab tu penting kalau ada sapa2 komen/tegur, kita tak boleh cepat melatah/melenting. Persepsi kita memang susah nak sama dengan orang lain.

Kadang2 ada yang sharing pasal masalah, musibah, ujian, nikmat, ibadah dan sebagainya. Ada yang share pasal betapa nikmatnya dapat beribadah. Betapa enaknya iman. Betapa peritnya dugaan.

Most of the time aku suka baca sharing macam ni. Sebab secara tak langsung kita dapat tempias ilmu yang mereka share.

Tapi kadang2 ada juga sharing yang tak perlu. Contohnya, betapa bangga dapat solat di Mekah. Bangga boleh terrrtuju kepada riak. Contoh lain, betapa susahnyaa penderitaan padahal ada yang lebih sengsara. Kan kita diajar, sakit tu pun sebenarnya nikmat?

Aku tak terkecuali, kadang2 akan keluar sharing macam ni. Pastu bila tengok balik archive, aku akan malu pada diri sendiri. Perlu ke share?

Pagi ni dalam paper utusan, ada artikel pasal wasiat Rasul Allah kepada Saiyidina Ali. Yang buat aku tulis entri ni ialah pasal tanda2 orang jujur:

  1. Merahsiakan ibadat
  2. Merahsiakan sedekah
  3. Merahsiakan ujian yang dihadapi

Ha, korang buat ke semua kat atas tu? So marilah kita cuba untuk buat ketiga2 list kat atas tu. Semoga kita jadik orang yang jujur.

Ingat, solat adalah rahsia ;)

….

Aku agak panas hati layan satu video ni. Tekan sini kalau nak tengok. Aku sangat tak suka orang yang tak reti hormat orang lagi tua. Put aside politics, I just hate people that have no respect to others.

PTPTN is not about HAK. It is about AMANAH. Cukai? Oh please, gaji ciput, kerja pon entah tidak, kata bayar cukai. Kalau gaji lebih rm3000 ja kena bayar cukai tau.

Oleh sebab orang yang bayar cukai lah, kebanyakan kita dapat masuk ke Universiti. Duit tu adalah amanah supaya kita belajar rajin2 dan BAYAR balik. Nama pun PINJAM. Kalau tak mahu, awal2 lagi tolak balik duit tu. Oh tapi tidak.. mana boleh, nak beli iPhone 4S. Nak beli motor. Nak belanja awek makan kat hotel 5 bintang. Dah syok pakai duit, pointer pon rendah, pastu marah nak bayar balik. Kan korang dah tau, kalau 1st class honors DIKECUALIKAN bayar PTPTN tu? Belajar la pandai2 supaya IQ tinggi. Oh ya, bila IQ tinggi tu jangan la HINA orang IQ rendah sikit dari kita. Cantik sikit adab tu ye.

Dulu kat UPM ada kes berhimpun sampai pecah pintu kaca kat bangunan pentadbiran. Yang buat kecoh tu sapa? Pemimpin pro-pembangkang UIA yang GAGAL BERHENTI. Dapat duit PTPTN, join politik sampai education tercicir, pastu buat kecoh kat universiti orang lain. ELOK. Aku yakin dia ada dalam kalangan yang berkhemah kat dataran tu.

Just because we might have different stand in politics, it doesn’t mean we have to be mean to each other. Hormatilah orang keliling kita.

keyword: Memahami

Aku pernah tanya kawan rapat kami, apakah yang dia cari daripada seorang perempuan yang bakal dikahwini. Jawapan dia mudah saja.

Memahami.

Dia tak bagi jawapan tipikal – agama, rupa, kaya, pendidikan etc. Ya benar, kita kena tengok benda2 ni bila nak bernikah. Then again, aku yakin semua setuju – tak semua orang adalah sama. Betul?

Kehidupan ada suami betul2 mengajar aku sifat sabar dan toleransi. Aku ni si panas baran. Mulut lancang dan tidak peduli hal orang lain. Dulu lah. Alhamdulillah Allah Taala temukan aku jodoh yang ajar aku macam2 dan sabar menasihati aku.

Husband aku baru ja kembali dari kerja 3 minggu di negara orang, 2 hari lepas. Tapi malam ni dia sedang o.t.w ke Penang dan seterusnya Bangkok. Sebagai bini yang cool aku paham, ini peluang si suami nak tengok tempat orang.

Tapi tipulaaa kan kalau aku cakap aku tak merajuk. Rindu tak habis lagi dah tambah lagi rindu lain.

Takpe, aku nak jadi bini yang memahami.

Bagi perempuan yang bernikah dengan lelaki yang bisnes sendiri + bidang foto + video + production, memang akan kerap ditinggalkan. Ya lah, depa bukan makan gaji macam kebanyakan kita.

So pesan aku kepada perempuan, sabar dan fahamilah pasangan anda. Kerana jika suami happy, korang mesti happy jugak. Kalau suami bahagia, korang mesti bahagia jugak. Ini lah (bagi aku) definisi syurga bawah tapak kaki suami.

Kami tunggu Baba balik ye. Nanti kita pi jalan2 :)

He is coming home!

Teruja! Teruja! Teruja! Minggu depan En. Suami balik!

Macam mimpi

Pernah tak korang rasa hidup ni macam mimpi?

Pernah tak rasa macam semua benda depan mata is just too good to be true?

Pernah tak rasa macam nak patah balik ke masa lepas sebab semua benda depan mata macam shit?

Biasalah, semua mesti pernah rasa sebab masing2 aku pasti banyak pengalaman sendiri.

Macam mimpi yang aku maksudkan ni, adalah pasal cerita kawan aku. Dia kat Rusia sekarang nih. Kerja kat sana. Belum dikurniakan cahaya mata. Aku masih ingat kalau ada budak kecik, dia akan tengok budak tu dengan penuhhhh kasih sayang. Sebagai perempuan yang dikurniakan anak oleh Allah, I know that look. The look a mom gives to her new born. Dia ada rupa tu, cuma rezeki anak belum ada.

Dia bakal di’pinjam’kan seorang anak oleh seorang ibu lain. Masyallah, betapa aku gembira dapat berita ni. Tolak tepi dari mana asal-usul anak tu sebab yang utama di sini ialah – dia bakal bergelar ibu jugak walaupun bukan dari rahim sendiri. Anak tu bakal lahir Jun ni. Semoga Allah tetapkan hati ibu tu, supaya anaknya dapat diberi kepada kawan aku untuk dijaga.

Harap semuanya baik2 saja :)

Tentang Diri

Aku dalam proses nak apply sambung belajar (lagi). Well, UPM requires me to get my PhD A.S.A.P if I want my post to be considered as ‘tetap’. Biasa lah, keja dengan gomen, memang sumer nak kan title ‘tetap’ tu. Sebab apa? Aku ni walaupun tutor, level aku adalah ‘sementara’, bukan ‘kontrak’ seperti kebanyakan staf admin. Makna kata, tutor ni ada-tak-apa-tak-ada-pun-tak-apa. Sedih, I know.

Anyway, no use in complaining, so aku ikut saja lah syarat depa – finish your PhD. Aku duk browse laa top 400 universities (world). Sebab UPM akan approve kalau uni yang aku nak apply adalah top 100, unless aku tak jumpa jugak potential SVs yang nak kat aku, I guess top 400 will just have to do.

Amende laa kesah pasal ranking, kan? Tapi nak buat macam mana, ikut sajalah. Tengok tu, complain lagi. 

Tak tau kenapa, aku straight jump to the top 10. Aku tak tengok pon uni dalam ranking 1-10. Tetiba aku terpikir, kenapa aku tak bukak Harvard U? Padahal kawan arwah ayah aku sendiri pernah jadik student kat Harvard U. Kalau dia boleh, takkan aku tak boleh? Kan? Pikir2 balik, ah, apply je, rezeki bukan di tangan depa, rezeki di tangan Tuhan. Apply je la kan? Kan?

I may not be that smart, I may not be that clever, but, I am also not that stupid.

Mood : Missing Mr. Suami

Thank God for Aidan. Dia ada special power, he can take the pain away ;)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.