Filed under aku

keyword: Memahami

Aku pernah tanya kawan rapat kami, apakah yang dia cari daripada seorang perempuan yang bakal dikahwini. Jawapan dia mudah saja.

Memahami.

Dia tak bagi jawapan tipikal – agama, rupa, kaya, pendidikan etc. Ya benar, kita kena tengok benda2 ni bila nak bernikah. Then again, aku yakin semua setuju – tak semua orang adalah sama. Betul?

Kehidupan ada suami betul2 mengajar aku sifat sabar dan toleransi. Aku ni si panas baran. Mulut lancang dan tidak peduli hal orang lain. Dulu lah. Alhamdulillah Allah Taala temukan aku jodoh yang ajar aku macam2 dan sabar menasihati aku.

Husband aku baru ja kembali dari kerja 3 minggu di negara orang, 2 hari lepas. Tapi malam ni dia sedang o.t.w ke Penang dan seterusnya Bangkok. Sebagai bini yang cool aku paham, ini peluang si suami nak tengok tempat orang.

Tapi tipulaaa kan kalau aku cakap aku tak merajuk. Rindu tak habis lagi dah tambah lagi rindu lain.

Takpe, aku nak jadi bini yang memahami.

Bagi perempuan yang bernikah dengan lelaki yang bisnes sendiri + bidang foto + video + production, memang akan kerap ditinggalkan. Ya lah, depa bukan makan gaji macam kebanyakan kita.

So pesan aku kepada perempuan, sabar dan fahamilah pasangan anda. Kerana jika suami happy, korang mesti happy jugak. Kalau suami bahagia, korang mesti bahagia jugak. Ini lah (bagi aku) definisi syurga bawah tapak kaki suami.

Kami tunggu Baba balik ye. Nanti kita pi jalan2 :)

He is coming home!

Teruja! Teruja! Teruja! Minggu depan En. Suami balik!

Tentang Diri

Aku dalam proses nak apply sambung belajar (lagi). Well, UPM requires me to get my PhD A.S.A.P if I want my post to be considered as ‘tetap’. Biasa lah, keja dengan gomen, memang sumer nak kan title ‘tetap’ tu. Sebab apa? Aku ni walaupun tutor, level aku adalah ‘sementara’, bukan ‘kontrak’ seperti kebanyakan staf admin. Makna kata, tutor ni ada-tak-apa-tak-ada-pun-tak-apa. Sedih, I know.

Anyway, no use in complaining, so aku ikut saja lah syarat depa – finish your PhD. Aku duk browse laa top 400 universities (world). Sebab UPM akan approve kalau uni yang aku nak apply adalah top 100, unless aku tak jumpa jugak potential SVs yang nak kat aku, I guess top 400 will just have to do.

Amende laa kesah pasal ranking, kan? Tapi nak buat macam mana, ikut sajalah. Tengok tu, complain lagi. 

Tak tau kenapa, aku straight jump to the top 10. Aku tak tengok pon uni dalam ranking 1-10. Tetiba aku terpikir, kenapa aku tak bukak Harvard U? Padahal kawan arwah ayah aku sendiri pernah jadik student kat Harvard U. Kalau dia boleh, takkan aku tak boleh? Kan? Pikir2 balik, ah, apply je, rezeki bukan di tangan depa, rezeki di tangan Tuhan. Apply je la kan? Kan?

I may not be that smart, I may not be that clever, but, I am also not that stupid.

Mood : Missing Mr. Suami

Thank God for Aidan. Dia ada special power, he can take the pain away ;)

makin tua makin menjadi-jadi

Tahun 2012 ni merupakan by far tahun paling banyak accomplishment. Well actually tahun lepas dah mula tempiasnya tapi tahun ni yang paling terkesan.

Masa aku berumur 25, aku ada set a few targets untuk aku achieve pada umur 30. Nikah. Anak. Rumah. PhD. Rezeki Tuhan bagi memang baik, 3 antaranya Dia dah bagi.

Takde kata lain selain syukur alhamdulillah!

Next, pengajian lanjutan aku – PhD. Doa yang baik2 ya!

dan jadi lagi sekali

Hari jumaat lepas kali ke2 aku eksiden. Well nak buat macam mana, UPM ni manusia ramai sangat. Plus semalam ramai sibuk nak balik kampung cuti krismas – student dan staf.

Lebih kurang pukul 5.30 aku gerak keluar opis. Dalam hati dah rasa lain macam tapi aku takde expect apa2 pun. Masuk roundabout yang paling busy kat UPM (dekat area masjid) aku masih konfiden. Dah nak lepas ja tetiba iswara hitam laju ja dan dummm langgaq kereta aku. Tayar depan belah kiri terbenam. Confirm segala low arm fender bagai tu rosak. Aku keluar ja tengok belah kiri depan memang abis kemek. Darn it. Aku baru cadang nak ajak laki berjimba.

Student tu approach aku, dia terus sound kata aku tak nampak dia. Aku pun dengan gaya makcik sound balik – you cakap baik2 sikit ye, ni roundabout, you are supposed to stop. Dia terdiam dan mula laa call kawan2 dia. Aku pun call back up aku (cewahh macam nak ajak gaduh).

Cakap pun tak guna, balai cerita la.

Dan of course aku menang, dia kena bayar semua.

Gambar aku tak terpikir nak ambek. Masa tu kat tengah2 roundabout aku nak cepat tarik kereta gi balai. Traffic jam woo.

So ending 2011 aku adalah dengan duduk diam2 kat rumah melayan kerenah laki dan anak. How’s your ending to the year 2011? Have a good one ya’ll!

Kau pasti ke kau tu redha?

Pada minggu lepas berlaku kejadian rompakan di fakulti aku ni. Ada 3 bilik pensyarah kena ceroboh. Since bilik kami di tingkat paling atas, syiling office kami jenis yang terbuka – syiling boleh di alih2. Alaa yang jenis pakai fiberboard. Memang mudah sangat la kalau nak dialihkan. Bilik paling hujung ialah seorang pensyarah arkitek, bilik kedua pensyarah landskap dari Indonesia dan yang ketiga pensyarah industri. Barang yang hilang termasuk laaa notebook dan kamera. Polis ada datang dan saspek student punya kerja sebab barang yang hilang termasuk laa marker untuk buat drawings. Sebatang marker tu hampir RM10 woo. Takkan laa pencuri nak pakai marker. Gile bizarre.

Pensyarah dari Indonesia (Puan Ina namanya) tu antara pensyarah yang rapat dengan aku kat fakulti ni. Masa aku masih student, arwah ayah banyak bawak dia jalan2. Bawak gi kedai2, tunjuk kat mana nak dapat makan sedap, bawak gi kenduri kawin etc. Dia kenang sangat arwah ayah tu dan akhirnya kami pun jadik rapat. First time aku ke Jakarta, dia sponsor flight makan sumer. Rezeki aku :)

Nak dijadikan cerita,  Pn Ina tanya kat aku, boleh ke kalau dia nak suruh student jadik spy, riki kat asrama kalau2 ada nampak barang2 dia yang hilang. Dia nak sangat2 tau apa jadik kat barang2 dia.

Tindakan aku mudah saja. Aku tanya dia satu soalan.

“Puan Ina redha tak apa yang terjadi pada Puan Ina?”

Dia hanya senyum dan cakap benda yang sama seperti apa suami dia bagitau.

Redha adalah satu perkataan yang sebenarnya berat untuk dibawa. Menyebutnya tersangat lah mudah. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa saya ketentuan daripada Allah s.w.t. Termasuklah yang baik atau yang buruk. Dapat duit gaji, dapat hadiah ataupun barang dicuri, rumah dirompak. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Ada kenalan berkata, kalau kita hilang sesuatu, anggaplah barang yang hilang tu bukan milik kita. Kita tak berhak ke atas barang itu. Cuma cara barang tersebut ‘diambil semula’ mungkin berbeza dan banyak cara. Antaranya ialah kehilangan/dicuri. Tak payah laa nak cakap pasal pencuri tu berdosa. Cuba tengok diri sendiri. Segala kejadian itu, adalah kifarah. Ada sebab dan musababnya. Itu PASTI. Kalau Allah tak izinkan, pencuri tu sendiri pun tak akan berjaya mencuri. Mesti ada sebab musababnya kenapa dia diizinkan mencuri.

We are a big al-quran to one another. Kita boleh belajar bermacam perkara kalau kita paham makna kejadian keliling kita.

Sebab tu aku selalu ingatkan diri. Redha. Bukan melalui kata2, tapi melalui perbuatan dan rasa dalam hati. Tak payah nak cakap, Tuhan Maha Tahu. Dan aku sendiri pun masih jauh dari sepenuhnya redha.

Kau macam mana?

Karut atau kebetulan?

Aku cukup tak berkenan dengan dua perkataan ni – orang kata. Contoh ayat : Orang kata bahaya lalu sini, nanti kudung kaki. Sapa ‘orang’ ni? Orang dulu? Berapa lama punya dulu? Orang tua? Orang tua mana? Bukannya aku nak pertikai pengalaman orang veteren, cuma aku pasti lain orang lain pengalaman dan situasinya. Tidak akan ada satu orang yang sama 100%. Yang Maha Bijaksana jadikan umat manusia masing2 dengan perangai masing2.

Masa aku pregnant, kemain ramai la yang ‘pelawa diri’ memberi nasihat itu-ini. Aku sangat menghargainya tapi kalau aku tak ikut tu, mesti lah aku ada alasan yang tersendiri, kan? Bila aku minum segelas air coke, ada seorang staf terjerit2 cakap “Minnnn jangan minummmmmm”. Macam biasa, for the sake of learning new things, aku tanya lah “kenapa?”. Dan apabila jawapan yang keluar bermula dengan dua perkataan tadi – “Orang kata tak elok, aku tak tau lah”. Aku pun senyum dan terus saja minum depan dia yang masih terkulat2 + mata terbeliak. Aku yakin, apa sahaja pun, kalau dimakan/minum/buat secara berlebihan adalah tidak elok. Kalau nak minum tu, minum je lah. Cuma jangan la bantai sampai 2-3 tin dalam sehari.

Mengikut pengamatan dan cerita2 dari orang lain, aku tak percaya pasal mengidam. Tak tahu lah kan, aku baru sekali ja mengandung dan pengalaman yang sekali tu tidak termasuk pengalaman mengidam. Semestinya kita semua ada cravings – nak makan berger, nak makan mihun mensyuarat, nak daging ostrich, etc. Cuma mungkin masa pregnant, kadar cravings tu meningkat. “Kalau mengidam, kena carik untuk bini, kalau tak nanti, orang kata anak air liur meleleh2″. ALL kids drool. It is part of the process. Bila gusi gatal nak keluar gigi, mesti laa air liur dia meleleh.

Sesungguhnya masyarakat Melayu ni banyak protokol haha.

Cuma mengikut pengalaman aku, aku ni kuat minum air berais, dan hasilnya keluar lah Aidan yang berat 4.1kg haha. Padahal genap 9 bulan, doktor scan dan estimate berat dia dalam 2.8kg ja :)

tiba-tiba macam nak terjebak balik

Kalau pembaca kenal aku lebih dari 2 tahun, korang mesti perasan dulu aku pernah buat bisnes online – jual HOMEMADE tudung. Kebanyakannya tudung syria lah sebab aku sendiri pemakai tudung syria. Simple & nice. Oh yeah.

Lately aku terasa macam nak terrrrjebak semula. Hehehe. Tengok lah apa yang aku bakal upload. Aku pakai blog ni jugak kot. Malas lah nak bukak blog lain.

Bot stim

Sudah lama tak buat aktiviti makan2. Pit & Anna datang ke Serdang dan ajak kami ke Steamboat MAEPS. Sebagai warga Serdang aku sendiri tak pernah pergi. So kami pon pergi la dan bawak budak kenit ni skali.

Sampai ja parking Anna terus ambek Aidan. Hehe

Suka buat muka pelik lah budak nih.

Kedai steamboat MAEPS, MARDI.

All must go in.

Intro je nih.

Thank you Pit & Anna. Lain kali rezeki kami pula belanja korang :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.