Filed under keluarga

Aidan bin Khairul Sabirin

Boys will always be boys. Lagi elok kalau budak ni nakal & lasak sebab boys sepatutnya memang kena macam tu :)

Kifarah?

Setiap benda yang berlaku pada kita boleh jugak dikata kifarah. Kifarah ni mengikut pemahaman aku, something yang Allah give back to us yang disebabkan perbuatan kita yang lampau. Bak kata – sakit itu penghapus dosa.

Sedia maklum, orang tua macam aku ni agak kerap sakit. Demam, batuk dan sebagainya. Clearly we can understand aku ni semestinya banyak dosa, banyak buat silap sebab lama jugak la aku dah hidup kat dunia ni. Harapnya sikit2 dosa aku terhakis dengan setiap kifarah yang aku dapat.

Persoalan aku nak bawak kat sini – kenapa baby demam? Kenapa budak sekecik anak kami boleh demam? Ok, put germs aside. Kita guna konsep kifarah yang aku cakap tadi. Apa agak2 dosa budak yang baru berumur 8 bulan di dunia ni? Apa dia cakap bohong ke? Dia mencurik ke? We just never know kan?

Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari seorang budak kecik yang sedang demam? Antaranya:

1) Mak bapak dilatih agar lebih sabar dalam melayan karenah manusia lain. Sabar sebab kita semua TAK sama.

2) Kifarah itu melanda semua tak kira umur, jantina, anak pak imam, anak penyanyi kelab, bangsa dan agama.

3) Jangan pandai2 menilai manusia lain. Jangan berlagak tuhan nak kata salah orang lain. Kenapa? Bayangkan la baby yang demam, ntah apa salah dia buat sampai Allah bagi dia demam. Macam tu gak manusia lain, kita mana laa nak tau apa salah depa yang buatkan Allah bagi kifarah.

4) Kita lebih hargai kasih sayang sesama manusia. Sampai ke hati korang tengok baby demam asyik nangisss ja sebab depa taktau macam mana nak story sakit kat mana?

So, kesimpulan aku nak cakap ialah, Aidan tengah demam ni. First time dia demam sejak lahir. Dan sekarang aku cuti duk rumah jaga dia. And how I wish Baba dia ada kat sini.

Take care Baba, duk kat negara luar sana nun, we love you :)

Wordless Tuesday

Alhamdulillah :)

24 september 2010 – 24 september 2011

I can still remember clearly the first time I saw you. I never thought we would end up like this. Thank you yayang for choosing me as your partner-in-crime. For I can never think of anyone else but you to share this temporary life with. Thank you God for this lovely man for I know You better when I am with him. Thank you for our son Aidan for he is the best teacher that can teach me more about You. For more years to come, please God, be kind to us :)

rambut sudah tidak ada!

Pada hari Raya ke 7, satu upacara botakkan kepala Aidan telah diadakan hehehe. Alhamdulillah liciiinn kepala dia, takde luka apa2. Bidan tu memang terer! Cepat dan cekap :)

Since kepala suda tidak ada rambut ni, kena lah pakai topi. Will be hunting for cool beanie lah lepas ni! Oh ya, Selamat Hari Raya semua!

Muka Aidan memang iras muka baba dia!

 

Entry Pasal Budak Kenit #1

Hai. Nama saya Aidan. Hehehe. I know, aku seakan teruja secara berlebihan. I used to think – apa laa nak blog banyak2 pasal anak. Aku tarik balik. Aku paham sekarang. The experience of being a mom is just too overwhelming. Aku tak boleh nak describe.

Anyway, Aidan dah 2 minggu pada Ahad lepas. Berat dah bertambah – 4.3kg. Hari ke2 itu hari dari 4.1kg dia turun 3.8kg. Water weight kot. Oleh kerana budak kenit nih sangat kuat menyusu (aku kena makan lebih untuk tampung keperluan susu dia), berat dia dah naik 4.3kg and I believe dah 4.5kg skarang nih. Alhamdulillah, kuat anak mama nih minum dan syukur susu cukup :)

Dia suka tido meniarap. Kalau letak terlentang dia tak akan lena lama2 dan asyik terkejut. Lepas menyusu, bagi dia burp pastu terus tiarapkan dia. Lena laa dia dalam 3 jam.

Respon kepada cahaya baik. Kalau TV on dan ada banyak movement dia akan halakan kepala dia ke TV. Kalau aku lalu sebelah dia sambil panggil nama dia, dia akan palingkan muka dia.

Suka dengar lagu Oh Anak (M.Nasir) & lagu Bohemian Rhapsody (Queen). Kalau pasang lagu tu dia akan diam dan kaki dia duk kodek2 hehehe.

Kalau dengar suara Grandma dia, dia akan senyum dan seolah2 gelak besar.

Sebelum tido malam, dia suka baring atas dada Baba dia. Dah jadik habit kut.

Suka mandi. Kalau basuh buntut dia lepas poop kat sinki pakai air paip pun, selamba je muka dia. Setakat merengek sikit2 ja. Tak nangis.

Dah pandai mencebik-cebik kalau tak layan dia. Hahaha memang kelakar. Kadang2 saja je aku biar dia merengek sebab comel ;p

Ok lah, tu je kut setakat nih. Dan. These are some of the latest photos :)

Cerita 24 Julai 2011

Setelah hampir setahun bernikah, kami dikurniakan satu ahli keluarga baru. Untuk catatan aku, aku nak tulis rentetan peristiwa kelahiran budak kenit yang kini semakin debab hehehe.

23 Julai. 10.30pm

Aku ke tandas nak pee pee. Cadangnya nak kluar beli burger. Malam tu aku terasa taknak makan nasi. Berger adalah sasaran aku. Sebelum flush aku check toilet bowl. Maklumlah, aku dah overdue hampir seminggu. Sebarang benda mencurigakan aku kena check. Aik, ada darah. Aku hampir terlupa macam mana rupa darah period. Aku call mak aku dah dia suggest pegi check. Aku call best babe aku dia kata bukak sikit je tu, sure hospital suruh balik. So macam mana? Pikir punya pikir, aku keluar jugak, bawak je beg siap2, singgah beli berger (kena aa makan dulu, ye tak?), pastu ke hospital. Oleh sebab aku dah overdue, derang check (masukkan jari ke ‘situ’ dan ‘rasa’)… Owh, sudah bukak 2cm. Saspennnn. Tapi derang suruh balik. So aku pun balik dan singgah di kedai mamak. Mr Suami lapaq. Pekena teh ais segelas + megi goreng (ye, aku makan lagi sekali) kami pon balik. Layan Tv sampai kul 1.30 pastu aku masuk bilik tido.

.

24 Julai 2011. 3.30am

Mr Suami masuk bilik untuk tido. Bilik kami ada air-cond tapi selalunya aku pasang slow aja. Dia pelik tengok aku berpeluh2. Dia kejut. “Kenapa pasang aircond slow sangat?”. Dalam tak sedar aku jawab “Ntah, nak beranak kut” (mengikut cerita Mr Suami). Dia peluk aku dari belakang pastu terkejut bila seluar aku basah. Aku lantas bangun dan tak sempat aku tanggal seluar (aku ingat aku terkencing) air ketuban aku pecah! Dia punya banyak memang buat aku sangat terkejut. Masa tu, aku pujuk diri sendiri, “Relax jasmin, this is part of the process”. Aku pakai pad pastu kami terus ke hospital.

.

24 Julai 2011. 4.00am

Aku terbaring dalam wad sementara untuk ibu bersalin. Derang tengok pad aku and found out budak bertuah ni dah poop dalam perut. Mungkin sebab dah overdue. Atau dia saja nak kenakan mak dia hahahha. Ok, tak kelakar. Bila dah 4cm, derang pindahkan aku ke dewan bersalin. Kat hospital serdang ni, husband buleh masuk skali. So Mr Suami dengan setianya (walaupun dia terlalu mengantuk) lepak dalam wad tu. Sampai laaa pukul 6 pagi tapi masih aku tak rasa sakit apa2. Nurse pelik, aku tak rasa sakit even though meter pada alat (ape ntah alat tu) indicates yang badan aku is in pain. Syukur Tuhan, Maha Besar Tuhan, aku rasa biasa saja. Occasionally sakit pinggang sikit2. Then later mak aku cakap, itu lah dia contraction. Cuma lain orang, lain sakit dia.

.

24 Julai 2011. 8.00am

Doktor cakap progress bukak pintu rahim aku terlalu slow. So derang masuk ubat (induce) ke dalam badan aku. Masa tu aku masih mampu gelak2, buat lawak tapi masuk jaa jam 10am, aku dah mula sakit pinggang yang amat2. Puas laa Mr Suami urut pinggang aku.

.

24 Julai 2011. 11.00am

Bermula lah episod kesakitan yang aku tak boleh nak gambarkan… Wait, aku tak boleh nak kata sakit yang melampau… Cuma yang aku ingat, the urge nak poop yang TERSANGAT tak boleh nak tahan2. Bila tak boleh nak tahan aku macam dapat rasa keluar seribu macam benda dari down under. Aku tak berani nak tanya apa yang keluar.. I’m sure, nurse & doktor2 kat situ dah muak kut tengok. Masa tu aku bukak baru ja 7cm. Masih belum cukup tapi aku dapat rasa kepala budak nih dah separuh jalan turun. Heart beat dia punya laaa laju (ada mesin monitor heart beat dia). Berjuang lah aku dalam dewan bersalin tu.

Nurse, doktor & Mr Suami punyalah bersorak bagai bagi semangat kat aku lahirkan budak nih. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, pada 24 Julai 2011, lahirlah anak lelaki kami. 4.1 kilo! Semua terkejut sebab tak sangka budak besar nih keluar dari aku, laluan normal pulak tu. Hihihi.

Hampir 2 jam doktor jahit balik ‘tempat tu’ dan pada masa tu aku pon layan laa tidur. Sangat PENAT! Sepanjang pengalaman beberapa jam ni, i don’t remember the pain, aku ingat PENAT meneran keluarkan budak nih. Maha Suci Tuhan, aku gagah (ayat sedapkan hati heheheh).

Ni lah rupa budak kecik ni. Hehehe. Lain kali kalau aku rajin, aku sambung cerita. Nak gi pump susu badan sat :)

wishlist (6 bulan akan datang)

[1] Stroller

[2] Bumbo seat

[3] Car seat

[4] Baby cot/play pen

[5] Sling

[6] Last but not least something for the parents :)

Well, at least for 6 months to come, this is my wishlist. May Allah be kind to me and my family :)

 

datang dan pergi

I always thought my ayah was the most handsome man alive. Im sure most girls pikir macam tuh. I read somewhere, a girl tend to choose a partner who have some character of the father. Muka ka, perangai ka, what ever it may be. For me, my Mr Right share a few character. Tak payah la aku cerita.

Its been 6 years.. dah 6 tahun ayah pergi.. Now the man of my life is my husband. Bukannya aku dah lupa kat ayah, God, NO. Cuma, im glad the person I married now and then keep reminding me of ayah :)

If he is still around, next year he’ll be able to hold his first grandchild. Im sure, the whole family has plenty to tell the new kiddo about his granddad. Al-fatihah to the greatest man I’ve ever known.

Oh, the palm he just planted (see photo) is now as high as a 2 storey building :)

Kepada rakan-rakan :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.