Filed under Uncategorized

Antara pengajaran, research & tugas-tugas lain.

FAKTA: Apa yang aku tulis ni berdasarkan perbualan dengan senior staff kat Fakulti aku. Please double-check mana2 fakta dalam post ni.

.

Universiti Sains Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Universiti Malaya. Universiti Kebangsaan Malaysia. What does these universities have in common? The not-so-wanted-title : Research University. What is the difference between a research uni (RU) and a non-RU? One of the perks of such a designation is an additional 100million RM for each university for research, development and commercialisation activities. Why do I say ‘not-so-wanted’? Because of the workload these RU have to carry.

I admit, kami ni even though RU, takde la hebat sangat pun. I believe in putting myself equals to all living beings. Kelebihan orang lain adalah kekurangan aku dan kelebihan aku adalah kekurangan orang lain. In other words – balance.

Banyak kali aku dengar senior lecturers mengeluh sebab banyak kerja. Pengajaran lagi. Admin lagi. Research lagi. Tugas2 lain lagi. Workload mereka memang banyak, especially yang dah lepas PhD & dah jadi pensyarah kanan. Yang paling mereka keluh ialah gaji yang dibayar adalah sama dengan pensyarah dari non-RU. Aku tak pasti hal ni sebab takde contact dari non-RU. Mungkin betul, mungkin tidak. Tapi rasanya kalau ikut skim gaji Penjawat Awam, sama je.. takde pulak elaun esktra untuk staf dari RU.

Pagi tadi aku masuk department office, staff admin minta aku sign satu petition. Untuk mengembalikan Hospital Serdang kepada UPM supaya dapat fokus kepada pengajaran – sepertimana objektif asal penubuhan Hospital Serdang. Kalau kami di Fakulti ni complain pasal kerja pengajaran & research banyak, bayangkan Doktor2 di Fakulti Perubatan… Pengajaran + research + service. Waaaa letih tu! But, aku yakin mesti ada jalan penyelesaian. Takkan la pihak admin tak nampak betapa pentingnya pengajaran dalam konteks hospital ni. Nama pun universiti… staf pengajaran perlu lebih utamakan pengajaran.

Seperti mana yang aku dengar dari senior lecturers jugak, kebanyakan top universities di luar negara, mengasingkan staff akademik dan research staff. Apa kata kita cuba buat macam tu jugak.

Just a thought :)

1 month!

Happy 1 month old Aidan. Mama & Baba loves you :)

ehem ehem

Sedang dalam pembikinan satu lagi blog, untuk merekod perkembangan keluarga kami. Well, definitely most of it will be about Aidan. Should be fun. And. Erm. Penambahan komitmen kepada dunia online.

Oh no. More time on the internet. Pffttt

terbengkalai

Sungguh, aku takde idea nk update blog nih. Ingatkan nak share pengalaman bakal jadik mak, somehow i fail to bring myself to tell stories. Mungkin sebab, there is nothing to tell, really.

Haih.

protocol

I never understood why Malaysians sangat suka ikut protokol yang selalunya melecehkan. Protokol sambut VIP, protokol majlis perasmian bergantung kepada ‘jenis’ VIP.

Majlis-majlis mat saleh hanya naik pentas, borak sikit-sikit, lawak sikit-sikit, tepuk-tepuk tangan, pastu terus mula majlis. Simple & nice.

Wahai para VIP, perlu ke nak kena patuh protokol?

HIATUS

Blog ini mcm dah mula terbiar. Out of focus, maybe.

Raya Haji

Selama ni, raya haji aku hanya duduk di rumah, bersama family. Masa kecik-kecik pernah laa ikut arwah ayah pegi masjid, tengok lembu kena sembelih.

Kali ni lain. Sebab aku raya kat Kodiang :)

Eid Mubarak semua.

Senario kenduri.

Serang!

Kelkatu mengamuk! Dulu arwah ayah pernah bercerita, kalau kelkatu banyak kuar, maknanya nak hujan. Dulu masa tinggal di kuarters, bila kelkatu keluar, pasti kelawar akan berpesta. Easy dinner. Terbang sambil mulut menganga.

I miss Ayah and his stories :)

Dalam bas.

4pm. Pudu, KL. Hujan.

Bas bocor. Basah lengan baju aku.

JB – 311km. Destinasi – Batu Pahat.

Meredah hujan. Dulu aku pernah macam ni :)

Hurm…

Dalam mamai. Selesai 1 sudoku. Level – Hard

Pit-stop.

Pagoh. Dah lama tak ikut sini.

Bus stand Batu Pahat. Akhirnya :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.