Aidan bin Khairul Sabirin

Boys will always be boys. Lagi elok kalau budak ni nakal & lasak sebab boys sepatutnya memang kena macam tu :)

Kifarah?

Setiap benda yang berlaku pada kita boleh jugak dikata kifarah. Kifarah ni mengikut pemahaman aku, something yang Allah give back to us yang disebabkan perbuatan kita yang lampau. Bak kata – sakit itu penghapus dosa.

Sedia maklum, orang tua macam aku ni agak kerap sakit. Demam, batuk dan sebagainya. Clearly we can understand aku ni semestinya banyak dosa, banyak buat silap sebab lama jugak la aku dah hidup kat dunia ni. Harapnya sikit2 dosa aku terhakis dengan setiap kifarah yang aku dapat.

Persoalan aku nak bawak kat sini – kenapa baby demam? Kenapa budak sekecik anak kami boleh demam? Ok, put germs aside. Kita guna konsep kifarah yang aku cakap tadi. Apa agak2 dosa budak yang baru berumur 8 bulan di dunia ni? Apa dia cakap bohong ke? Dia mencurik ke? We just never know kan?

Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari seorang budak kecik yang sedang demam? Antaranya:

1) Mak bapak dilatih agar lebih sabar dalam melayan karenah manusia lain. Sabar sebab kita semua TAK sama.

2) Kifarah itu melanda semua tak kira umur, jantina, anak pak imam, anak penyanyi kelab, bangsa dan agama.

3) Jangan pandai2 menilai manusia lain. Jangan berlagak tuhan nak kata salah orang lain. Kenapa? Bayangkan la baby yang demam, ntah apa salah dia buat sampai Allah bagi dia demam. Macam tu gak manusia lain, kita mana laa nak tau apa salah depa yang buatkan Allah bagi kifarah.

4) Kita lebih hargai kasih sayang sesama manusia. Sampai ke hati korang tengok baby demam asyik nangisss ja sebab depa taktau macam mana nak story sakit kat mana?

So, kesimpulan aku nak cakap ialah, Aidan tengah demam ni. First time dia demam sejak lahir. Dan sekarang aku cuti duk rumah jaga dia. And how I wish Baba dia ada kat sini.

Take care Baba, duk kat negara luar sana nun, we love you :)

Cuba sekali sekala ketuk belakang badan sendiri

Seperti si suami selalu pesan kat aku, tengok dulu diri sendiri, tak payah sibuk2 tengok orang lain. Check kesalahan diri sendiri tak payah susah2 nak ambek tahu kesalahan orang lain.

Thanks wahai suami sebab selalu ingatkan binimu ini yang asyik la leka.

Seperti banyak kali aku pernah mention sebelum ini, we are a big Quran to each other. Kalau definisi Quran itu ialah panduan hidup, orang keliling kita jugak adalah panduan hidup. Wujudnya orang lain yang bersifat negatif, bersifat kejam, jahat, tamak etc sememangnya adalah sebagai contoh untuk kita. We are not supposed to just take the good, we have to also look at the bad. 

Macam kalau orang bercinta lah. Buruk baik sumer pon nampak wangi.

Tapi kentut tetap busuk ye.

Kita ambik lah pengajaran dari kes kematian Nurul Nadirah [ambek masa sedekah al-fatihah sat], dia pergi dalam usia dunia yang muda dan pengakhiran hidup dia sangat tragik – ditemui rentung. Mak dia confirm dalam sesalan yang teramat sangat. Aku pasti ramai yang marah dengan alasan mak dia – leka main Facebook. Apa pun alasan mak dia bagi, aturan Allah yang mengatakan Nadirah akan tinggalkan dunia pada umur 5 tahun tak akan berubah! Cuma jalan cerita dia agak tragis.

Kita doakan lah, kes ni selesai cepat dan mak dia diberi kekuatan sebab dia ada anak2 yang lain yang perlukan perhatian dia.

Kita tengok diri sendiri, berapa banyak masa kita habiskan untuk diri sendiri di internet? Dalam sehari, berapa banyak masa kita bahagi untuk kerja? Untuk keluarga? Untuk diri? Kalau ada anak2, berapa banyak masa kita spend untuk dia? Aku kadang2 marah kat diri sendiri… Penat kerja pastu bila anak minta manja aku jadik geram. Kononnya anak tu ganggu aku nak buat kerja. Padahal budak kecik tu nak remind aku – hey sudah2 laa tu buat kerja, layan anak kau ni. Tima kasih Aidan sebab constantly remind Mama :)

So lepas ni mari lah kita baca surat khabar/surf internet/dengar radio dengan hati yang terbuka agar kita dapat digest segala yang kita baca/dengar dengan baik dan positif. Ingat, buruk baik kita jugak dijadikan panduan oleh orang keliling kita :)

makin tua makin menjadi-jadi

Tahun 2012 ni merupakan by far tahun paling banyak accomplishment. Well actually tahun lepas dah mula tempiasnya tapi tahun ni yang paling terkesan.

Masa aku berumur 25, aku ada set a few targets untuk aku achieve pada umur 30. Nikah. Anak. Rumah. PhD. Rezeki Tuhan bagi memang baik, 3 antaranya Dia dah bagi.

Takde kata lain selain syukur alhamdulillah!

Next, pengajian lanjutan aku – PhD. Doa yang baik2 ya!

quote

With big boobs comes big responsibilities.

lupa!

eh rupanya dah masuk 2012 dan aku tak ucap happy new year lagi kat blog ni. haha.

anyway.

Happy New Year 2012.

kita tunggu dan tengok betul ke ramalan manusia pasal kiamat tahun ini. are you ready for the BIGGEST bang in the history of man?

pffttttt

kemain berani kau tag aku pastu kau carik point nak berbalah. konon aku ni rakyat malaysia yang masih setia dengan kerajaan yang menghalalkan kilang lynas dibuka.

aku malas la nak layan kau sebab, kau bukannya reti nak paham keadaan orang lain. dan. kau bukannya kisah pun nak dengar pendapat orang lain sebab kau dah keraskan hati kau dengan kepala kau sendiri. dan. niat kau bukan untuk berbincang pon, kau saja nak bikin panas.

sudah lah. coward.

dan jadi lagi sekali

Hari jumaat lepas kali ke2 aku eksiden. Well nak buat macam mana, UPM ni manusia ramai sangat. Plus semalam ramai sibuk nak balik kampung cuti krismas – student dan staf.

Lebih kurang pukul 5.30 aku gerak keluar opis. Dalam hati dah rasa lain macam tapi aku takde expect apa2 pun. Masuk roundabout yang paling busy kat UPM (dekat area masjid) aku masih konfiden. Dah nak lepas ja tetiba iswara hitam laju ja dan dummm langgaq kereta aku. Tayar depan belah kiri terbenam. Confirm segala low arm fender bagai tu rosak. Aku keluar ja tengok belah kiri depan memang abis kemek. Darn it. Aku baru cadang nak ajak laki berjimba.

Student tu approach aku, dia terus sound kata aku tak nampak dia. Aku pun dengan gaya makcik sound balik – you cakap baik2 sikit ye, ni roundabout, you are supposed to stop. Dia terdiam dan mula laa call kawan2 dia. Aku pun call back up aku (cewahh macam nak ajak gaduh).

Cakap pun tak guna, balai cerita la.

Dan of course aku menang, dia kena bayar semua.

Gambar aku tak terpikir nak ambek. Masa tu kat tengah2 roundabout aku nak cepat tarik kereta gi balai. Traffic jam woo.

So ending 2011 aku adalah dengan duduk diam2 kat rumah melayan kerenah laki dan anak. How’s your ending to the year 2011? Have a good one ya’ll!

Wordless Tuesday

Alhamdulillah :)

Kau pasti ke kau tu redha?

Pada minggu lepas berlaku kejadian rompakan di fakulti aku ni. Ada 3 bilik pensyarah kena ceroboh. Since bilik kami di tingkat paling atas, syiling office kami jenis yang terbuka – syiling boleh di alih2. Alaa yang jenis pakai fiberboard. Memang mudah sangat la kalau nak dialihkan. Bilik paling hujung ialah seorang pensyarah arkitek, bilik kedua pensyarah landskap dari Indonesia dan yang ketiga pensyarah industri. Barang yang hilang termasuk laaa notebook dan kamera. Polis ada datang dan saspek student punya kerja sebab barang yang hilang termasuk laa marker untuk buat drawings. Sebatang marker tu hampir RM10 woo. Takkan laa pencuri nak pakai marker. Gile bizarre.

Pensyarah dari Indonesia (Puan Ina namanya) tu antara pensyarah yang rapat dengan aku kat fakulti ni. Masa aku masih student, arwah ayah banyak bawak dia jalan2. Bawak gi kedai2, tunjuk kat mana nak dapat makan sedap, bawak gi kenduri kawin etc. Dia kenang sangat arwah ayah tu dan akhirnya kami pun jadik rapat. First time aku ke Jakarta, dia sponsor flight makan sumer. Rezeki aku :)

Nak dijadikan cerita,  Pn Ina tanya kat aku, boleh ke kalau dia nak suruh student jadik spy, riki kat asrama kalau2 ada nampak barang2 dia yang hilang. Dia nak sangat2 tau apa jadik kat barang2 dia.

Tindakan aku mudah saja. Aku tanya dia satu soalan.

“Puan Ina redha tak apa yang terjadi pada Puan Ina?”

Dia hanya senyum dan cakap benda yang sama seperti apa suami dia bagitau.

Redha adalah satu perkataan yang sebenarnya berat untuk dibawa. Menyebutnya tersangat lah mudah. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa saya ketentuan daripada Allah s.w.t. Termasuklah yang baik atau yang buruk. Dapat duit gaji, dapat hadiah ataupun barang dicuri, rumah dirompak. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Ada kenalan berkata, kalau kita hilang sesuatu, anggaplah barang yang hilang tu bukan milik kita. Kita tak berhak ke atas barang itu. Cuma cara barang tersebut ‘diambil semula’ mungkin berbeza dan banyak cara. Antaranya ialah kehilangan/dicuri. Tak payah laa nak cakap pasal pencuri tu berdosa. Cuba tengok diri sendiri. Segala kejadian itu, adalah kifarah. Ada sebab dan musababnya. Itu PASTI. Kalau Allah tak izinkan, pencuri tu sendiri pun tak akan berjaya mencuri. Mesti ada sebab musababnya kenapa dia diizinkan mencuri.

We are a big al-quran to one another. Kita boleh belajar bermacam perkara kalau kita paham makna kejadian keliling kita.

Sebab tu aku selalu ingatkan diri. Redha. Bukan melalui kata2, tapi melalui perbuatan dan rasa dalam hati. Tak payah nak cakap, Tuhan Maha Tahu. Dan aku sendiri pun masih jauh dari sepenuhnya redha.

Kau macam mana?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.