Assholes are everywhere

Processed with VSCO with c2 preset

Berapa banyak video orang tak bersalah kena langgar yang kita pernah tengok orang lain share? Berapa banyak orang yang tak bersalah kesakitan sebab kecuaian dan perangai tak kisah orang lain?

Tak kira kulit kau warna apa–

Tak kira duit kau banyak mana–

Tak kira baju apa kau pakai–

Tak kira kau datang dari negara maju atau negara mundur–

Tak kira kau free-thinker atau kau ada faith–

Assholes are everywhere.

Perangai buntut ni, tak memilih. Ada satu tweet aku baca kelmarin, dan aku akan apply benda yang sama untuk orang perangai buntut ni– it is evenly distributed.

Kindy!

30 Jan 2017. Hari pertama kindy kat sini. Seronok? Mesti lah. Dia ni mana reti nangis kalau pegi sekolah.

Selisih dengan budak-budak sekolah, ada a few yang tengok aku tak kelip. Takde sapa pakai tudung kat primary school ni.

Ada sorang budak ni menangis kat pagar, jerit-jerit panggil mak dia. Cikgu cuba pujuk. Lama jugak cikgu & budak tu duduk kat pagar.

Sekolah kat Oz ni, play-based. Makna kata, silibus dia seronok. Lain dari apa kat Malaysia, lebih kepada akademik. Sebab tu kalau budak tu tak pandai membaca masa darjah 1, kemungkinan dia dinilai sebagai ‘tak pandai’ itu sangat tinggi. Tengok buku teks sekolah pun sangat pelik. Subjek BM macam level tinggi betul untuk anak-anak yang baru nak merasa jadik budak sekolah.

Anyway, balik kepada budak yang menangis tadi, aku terpikir kenapa dia menangis padahal dalam kelas keje kebanyakan nya melibatkan mainan. Mungkin, sebenarnya, bukan sebab sekolah tu play-based VS academic-based. Sebenarnya terpulang kat tahap ‘matang’ anak-anak, tahap ‘sedia’ nak ke sekolah. Lain budak, lain tahap penerimaan terhadap benda keliling.

Pengajaran kat sini, walaupun kita ada sistem untuk ukur tahap pembesaran budak-budak, kena masuk jugak elemen ‘tak-semua-manusia-sama’.

img_5279
Ni Ben, kawan dia dari preschool. Budak ni ada ADHD & on medication. Kat leher dia ada gantung rubber chewables, untuk dia kunyah bila sensory overload.
img_5281
Mak ayah yang saspen dengan anak-anak masing-masing hehe.
img_5323
Buku kegemaran budak ni.

 

Naik kuda lah!

Sabtu lepas aku pegi teman kawan jumpa instructor yang ajar naik kuda. Katanya– sesi orientasi. Dia nak tengok kawan aku power ke tak kawal kuda dengan zero knowledge. Dia nampak Aidan, so dia offer Aidan naik kuda yang kecik. Lama jugak semua pujuk dia tapi lama-lama Aidan nak naik. And he’s a natural! He shares the love for animals and outdoor activity like I do :)

 

img_5178
Mula-mula tengok orang lain dulu
img_5182
Kawan try kawal kuda sendiri
img_5183
OK, jalan!

Read More »

Perbualan #11

Tengah google apa maksud ‘inauspicious’ masa buat kerja. Sambil tu tekan butang speaker kat google tu sebab nak dengar sebutan dia. Kebetulan, anak masuk bilik.

Aidan: Mama what is inauspicious?

Aku: It means unfavourable. For example, hot weather is inauspicious. It is unfavourable. It is something you don’t like.

Aidan: OK, after this I will be inauspicious

OK fine. Mama berhenti buat kerja & layan kamu.

Pokemon dan kawan-kawan

Pantang nampak buku pokemon, mesti dia berulang-kali mintak. Dia carik natang jigglypuff ni semata-mata nak cakap yang benda alah tu evolve 2 kali. Aku duk pikir sekali tapi dia kata aku salah. So bila dia buktikan aku salah, muka puas hati gila.

Rasa nak sekeh je haha.

Bila anak tunjuk minat, guna minat dia tu. Ajar perkataan baru & ajar dia baca sekali. Mat saleh kata– kill two birds with one stone.

img_5014img_5015

Tak lebih 3 bulan

Yasssssssssss. Ada lagi 2 bulan lebih sebelum aku kembali ke Malaysia. Dalam pada kepala pening buat keje, ingatan kat rumah & family kat Malaysia tak pernah sesekali lekang.

Rasa rindu kat negara sendiri tu, yang merantau saja paham. Playing tourist & living overseas is not the same thing, unfortunately.

Ambik yang baik, elak yang buruk

Perihal pakcik Trump menang pilihanraya kat US tu, banyak hikmah & pengajaran dia. Jangan suka tengok benda bongok dia cakap atau macam mana pelik dia pikir pasal orang lain keliling dia.

Belajar ambik mana yang baik dan elak mana yang buruk.

Positif kena terus. KENA TERUS.

Pilihanraya US tahun ni satu panduan kat kita jugak. Kuasa rakyat sebenarnya boleh lawan kuasa pemerintah. Jangan terkejut, kalau Malaysia sama huru-hara macam negara lain bila pilihanraya datang.

Orang yang terdesak, mampu buat apa saja untuk lari daripada desakan.

Untuk pemimpin, harap nya buka lah mata hati. Takkan takde sikit pun rasa gentar dalam hati pasal amaran Allah Taala tentang berlaku adil dan saksama? Takkan ajaran kristian/buddha/etc takde sebut pasal berbuat baik sesama manusia?