Departure #1


Satu yang aku lihat, perkembangan semasa penulis blog sangat berkait rapat dengan anjakan yang dihadapi dalam kehidupan sebenar mereka.

Budak sekolah cakap pasal kawan-kawan, boifren, gelfren. Pasal kawan-kawan yang dibenci, jeles, minat. Pasal lelaki hensem macam hero hindustan. Pasal perempuan tetek besar. Pasal artis. Pasal orang kaya & femes. Pasal henfon mahal yang mak ayah derang belikan. You know, the basic stuff that makes you feel like no one else is better than you. At least untuk peringkat umur itu lah.

Kampus undergraduate. Tentang diri. Tentang emosi yang berbolak-balik. Tentang betapa hot sport car lelaki idaman-yang-dah-ada-awek-cun-giler-dan-jangan-harap-la-nak-dapat-ngorat. Tentang mekap (wanita) dan tentang otot (lelaki. Tentang perancangan nak kahwin sebaik saja graduate.

Alam pekerjaan. Mula berjinak-jinak dengan kad kredit. Loan. Beli harta-benda dunia. Kereta sendiri, rumah sendiri. Mula berjinak-jinak dengan majalah Pengantin atau PaMa. Belek-belek Anjung Seri supaya landskap rumah lebih kaboom dari jiran se-taman. Insurans. Investment. Savings. Bagi yang bercinta – bertunang dan design dulang hantaran. Bagi yang single – pasang badan habis baik supaya tak menjadi bujang terlajak atau anak dara tua.

Kahwin. Happy happy. Joy joy. Honeymoon 2 bulan.

Anak. Haih. Part ni aku rasa, majoriti rakan-rakan sedang lalui. Dan ini lah punca entri ini.

Dulu penulisan blog mereka adalah berkaitan perenggan 2, 3 dan 4. Tapi kini pasal botol susu. Tentang tips terbaik untuk menambah susu badan. Tips supaya anak jadik atlet. Pasal anak cukur jambul. Their first words. First steps. First of everything. Dan majoriti pelawat blog mereka juga adalah ibu-bapa yang sudah ada anak. Avatar menunjukkan tuan punya blog dukung anak masing-masing.

You guys know who you are.

Aku? Masih dengan repekan larut malam dan rungutan siang hari. Tak habis-habis.

2 thoughts on “Departure #1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s