Cerita #2

Awal tahun 2000, semua orang nk pakai skuter. Tak kisah la, V100 ka. Asalkan skuter. VS125 kerap menjadi pilihan. Comel, stylo dan agak laju. Cuma bahaya kalau lalu round-about laju-laju. Selalu tergelincir. Pada masa tu aku pakai V100. Kaler purple. Kawan aku panggil moto aku motobot sebab bunyik kuat. Moto lama.

Aku ada kawan, desperado nak ada awek. Maklumlah, dia senior pada masa tu tapi masih single. Agak loser agaknya bila jadi senior tapi takde awek. Pada pandangan dia lah kut. Satu hari;

Black : Weh aku nak awek laa. Tapi tak dapat-dapat. Ada cadangan?

Aku : Hurmm….. ko pakai keta ke moto?

Black : Moto

Aku : Moto apa?

Black : Moto suzuki RG

Aku : Masa aku skolah aku teringin kut nak ada moto tuh… tapi awek skarang dah tak layan rempit la

Black : Dah tu?

Aku : Ko tuka skuter. Jangan beli mcm aku nye V100 tuh. Kecik. Ko beli VS125

Black : Mahal kut.

Aku : Try lar. Pecaya laa kata aku

Lepas sebulan dia beli dia dapat awek. Seksi gebu plak tuh. Sengih ja memanjang. Lepas 4-5 bulan dia ngadu kat aku, dia kata awek dia chow pegi kat lelaki lain.

Aku : Mesti mamat tu pakai moto Gilera kan?

Black : Eh, mana kau tahu?

Figures. Perempuan nih kadang-kadang kebendaan lebih. Memang dia akan pegi kat lelaki yang ada barang baik lah, kan? Tapi trend perempuan skarang dah lain. Agak-agak korang yang baca nih single, dan teringin nak ada awek, ada satu benda yang korang wajib ada.

Kamera. DSLR lagi baik.

Kan Fadza? Hehehehe

3 thoughts on “Cerita #2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s