Berbaloi atau tak?

Sebagai seorang budak sekolah dan juga tutor in the making, aku selalu catat-catat apa sahaja dalam pelbagai note book. Kalau aku sedang keluar, aku akan bawak note book kecik. Kalau aku ke office aku akan bawak scrap book yang aku buat dari kertas-kertas terpakai. The back side of faculty letters. Buat apa membazir kertas, kan?

Lepas tu aku ada handphone yang boleh buat ad-hoc notes. Ada application yang boleh store file doc, docx ngan txt. Mula-mula aku rasa sangat berguna sampailah file-file tu aku tak boleh transfer ke laptop. Pairing device tak boleh nak establish dan card reader aku rosak.

Satu hari, aku lepak bersama my hometown boys. Aku memang selalu didedahkan dengan macam-macam kalau lepak ngan derang. Derang update dengan latest gadgets and info. Pada masa tu aku pertama kali menyentuh iPad. Dan. Aku sedikit teruja sebab:

  1. Boleh taip-taip macam words
  2. Gadget multimedia yang cukup memenuhi kehendak aku
  3. Boleh bukak PDF (kebanyakan info/journal dalam bentuk PDF)
  4. Boleh online via Wifi
  5. Boleh jadik buku (yang nih memang aku suka)
  6. Boleh main game (aku penggemar game seperti sudoku, bejewelled, tetris, etc)
  7. Dan terdapat pelbagai application yang lain

Menaip menggunakan iPad (photo source)

Aku browse internet dan baca review (aku tak pernah bother nak bukak sebelum ini) dan berjaya menambah keyakinan aku. Dan aku rasa antara benda PALING kool yang aku dapat lihat ialah benda alah nih boleh jadik konon-konon macam PC. Letak atas dock dia dan pasang keyboard   ^-^

The verdict? Kalau aku punya kewangan yang baik, aku pasti akan beli. Cuma software graphic tak ada lah. Aku masih perlukan Adobe dan Autocad malahan Sketch Up. Cuma, gadget ini dah menjadi salah satu benda yang aku target nak beli :)

4 thoughts on “Berbaloi atau tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s