cerita lapuk

Most of you guys know, aku dah pun bernikah pada 24/9/2010 yang lalu. Belum sebulan.. Terasa macam baru semalam :)

Anyway, majlis yang buat adalah sangat sederhana. Tetamu yang aku info hanya 200-250 orang. Keluarga, first cousins, immediate uncles & aunties, jiran terdekat, sahabat-sahabat dan beberapa rakan kerja. Mula-mula aku tak pasti, siapa aku patut jemput & siapa yang boleh tutup sebelah mata. Then Wani posted this at her facebook, nak jemput ke tak? Maybe for those yang mempunyai belanja agak limited, boleh refer benda alah nih :

 

Even though aku bajet dalam 250 orang max, it turned out, about 400 orang yang datang! We’ve announced kat facebook wall kami dan ramai yang terus plan untuk datang. En Suami bgtau aku, jangan pikir sangat pasal makanan, mesti cukup punya. Kita berserah. So I cleared my mind about risaunyaa makanan tak cukup & akhirnya, memang sangat-sangat cukup! Boleh pikir tak, masak untuk 250 orang boleh tampung 400 orang. Pandaikan, Tuhan tu :)

Fynn penah kata, buat lah majlis macam mana pun, pasti akan ada orang mengata. Kalau buat majlis kecik, dikatanya kahwin kantoi, dah mengandung, kena cekup etc. Kalau buat majlis besar, dikatanya berlagak, membazir, nak menjunjuk, etc.

Tak boleh ke, kalau orang bernikah, syukur ja sebab Tuhan masih bagi peluang saksikan kebesaran hikmah makhluk ciptaanNya?

Facebook aku, aku banyak privatekan gambar, specially tagged photos. Aku private dari rakan office, students & orang-orang tertentu. Kalau bukan dalam friend list, lagi lah tak dapat bukak apa-apa. Kenapa? Sebab aku tak suka, hal peribadi aku jadik buah mulut orang lain. Aku tak suka bila gamba-gamba aku yang free hair atau yang masuk pub tengok gig atau apa-apa saja benda lain yang aku buat jadik bahan perbualan. Yang tahu aku punya ‘ligat’, biarlah kekal kat mereka yang tahu.

So aku buatlah satu album, kompilasi gambar-gambar pernikahan. Dan aku tak sangka, jadik bahan perbualan. Haishh. Ramai sungguh nak jadik tuhan. Macam mana tu jadi tuhan? Komen macam-macam dan buat andaian macam-macam. Depan-depan aku reti pulak nak senyum-senyum. Cuba lah tanya kat aku nih direct, kan senang.

Semua benda kat dunia ni tidak dijadikan sia-sia. Walaupun dulu aku sendiri tak paham kenapa dijadikan neraka untuk orang-orang kafir, kenapa dikatakan syurga kat bawah tapak kaki ibu/suami, kenapa orang yang lantang percaya Allah asyik dilanda sakit… tapi oleh sebab ada rasa nak buka akal, slow-slow aku paham sumer tu.

Macam foto yang Faiz Zaini pernah post kat facebook dia “Beruntunglah kamu jika kamu faham makna setiap kejadian”.

Faham?

3 thoughts on “cerita lapuk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s