freedom of speech vs stupidity

Hujung minggu, mak pasang radio dan terdengar khidmat pesanan masyarakat pasal freedom of speech. Iklan tuh mengatakan ada seorang awek yang tengah emosi dan berhasrat nak catatkan emosi ke dalam blog peribadi. Pastu ada kawan dia pesan, memang betul blog peribadi, dan memang betul, kita ada hak bersuara, tapi kena ingat, jangan la sampai melukai hati orang lain.

Ada benarnya iklan tu. Aku pasti ramai yang jenis, agak2 hangin/geram/bengang dengan orang lain, pasti akan mula sesi maki-memaki dalam blog. Biasalah, freedom of speech. Blog peribadi dan oleh itu suka hatilah nak tulis apa. Bila ada orang lain tegur, mulalah marah, “yang kau baca blog aku sapa suruh?” atau “sapa suruh kau terasa? aku kutuk orang lain”.

The point is, perlu kah mengutuk at the first place? Benar, kita nak meluahkan rasa hati.. tapi apa kata kita kawal sikit. Dulu aku pon buat perangai palat macam nih. Main bubuh ja apa2 saja kat blog. Konon buat anonymous, padahal niat dalam hati memang berhasrat ada orang terasa hati. Alaaaa tak payah deny, ramai buat benda yang sama ahahahaha.

Tapi kan, bila aku bukan balik post2 lama, aku nampak bahagian diri aku yang keji, bodoh dan sangat tidak pakai akal. Pastu aku buat apa? Aku delete segala post lama yang buat aku nampak keji, bodoh dan tidak pakai akal. Aku jadik malu dengan diri dan juga entah berapa ramai orang yang rajin baca blog aku.

Pengajaran, pikir masak2 sebelum publish post ke internet. Orang boleh guna kita punya foto dan jugak wordings. Kalau manipulators, mereka akan ambik beberapa kerat ayat & gamba untuk digunakan bagi kepentingan diri. Biasalah. Dulu aku suka baca perenggan yang aku suka padahal keseluruhan karangan memberi maksud yang berbeza dan lebih besar.

Sama jugak status facebook, ym, myspace & twitter. Mari sama2 kurang menunjukkan bahagian bodoh dalam diri masing2.

4 thoughts on “freedom of speech vs stupidity

  1. Alah. Kalau orang tu marah kita tegur or komen dia. Balas lah balik; “Kata freedom of speech.. aku ada hak untuk tegur, komen dan kritik”.

    Tak gitu?

    Bagi aku, freedom of speech itu memang perlu sebab dah lama sangat kita kena gari.
    Ambik masa untuk semua orang dalam negara ini betul2 dapat gunakan kebebasan itu sebaik mungkin.

    Renung-renungkanlah, dan selamat beramal. :p

    • freedom of speech in terms of menyuarakan kebenaran tu aku sangat2 sokong dude. cuma amalan kebanyakan kita nih, sesuka hati tanpa kira apa isunya. kebenaran utk kebaikan sejagat itu bagus. membuka pekung orang lain tu kes lain.

      tagline ko bagus, “renung-renungkanlah dan selamat beramal”. hahahha macam uncle-uncle surau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s