cerita pasal 24/9/2010

*Foto takde kena mengena dgn entri kali ni. Pakcik ni nyanyi masa wedding adik kepada ipar aku. Siap joget weh. Steady la pakcik!

 

Macam mana aku nak mula ya? Okeh.. Seorang-dua rakan aku ada tanya,

Kau takde buat majlis sanding ke?

Kau takde buat kenduri besar ke? Bukan ke kalau anak pompuan sorang majlis kena meriah?

Kenapa tetiba je nak kawin?

Ada lagi beberapa soalan lain. Kebanyakannya aku jawab secara berhemah, ada yang aku jawab hanya dengan senyuman. Malas nak jawab sebab awal2 lagi orang yang bertanya sudah berprasangka tak baik. Tak usah buat benda sia2 cuba ubah pemikiran orang yang sentiasa ke arah negatif. Kenapa nak persoal “tiba2 nak kawin”? Dah lama aku & encik suami plan, cuma tak cerita secara terbuka. Sebab tu orang tak tau. Ada jugak yang serkap jarang, aku dah ada ‘isi’ sebab tu tiba2 kawin. Pfftttt. Dasar.

Alasan paling utama : AKU NAK BUAT MAJLIS YANG SEDEMIKIAN RUPA. Seingat aku, masa aku sekolah rendah, aku ada saksikan satu majlis kawin di rumah quarters lama mak aku dulu. Ada sanding. Ada silat2. Ada baling2 beras. Ada tuka2 baju. Dan pada masa itu, aku pikir, kenapalah nak kena buat semua benda2 ni? Pada masa tu, aku dah pun berpendapat benda2 ni mengarut [maaf pada yang tidak sependapat dengan aku. kena terima, lain orang lain pendapat]. Aku tanam niat, aku tak mahu bersanding. Aku tak mahu ada tepung2 tawar.

Alasan kedua : Mak aku setuju dengan apa kehendak aku dan dia takde rasa kecik hati langsung. Malah, dia sangat bersetuju dengan plan aku. Bagi dia, yang penting adalah NIKAH. Dulu kenduri adalah media meng-hebah anak dah kawin. Zaman moden ni, ada facebook, ada twitter, ada blog etc. Ni pun bagi aku, aku sedang meng-hebah semula yang aku sudah bernikah. Pakcik dan makcik? Aku tutup mata sebab bagi aku, ini adalah majlis keluarga aku, aku berhak tentukan apa yang aku mahu. Melainkan cadangan2 mereka seiringan dengan belanja, aku sangat lah berbesar hati. Hehe.

Alasan ketiga : Kewangan aku tidak lah seindah yang diharapkannnnn. Aku sedar diri, simpanan tak ada dan aku tidak mahu menanggung beban hutang yang terlalu banyak. Majlis meriah & besar memang laa seronok. Lepas tu? Aku tak nak merungut terpaksa tanggung hutang untuk bina keluarga.

Takde kena-mengena kalau anak pompuan sorang kena buat majlis besar2. Unless parents yang nak buat, silakan lah. Tapi semestinya bukan kehendak parents aku. Secara jujur, belanja kawin untuk majlis aku & encik suami [hantaran, cincin, makan, khemah, mekap, dais etc] tidak mencecah rm15k. Encik suami pun, hanya buat majlis doa selamat, baca yaasin & makan tengah hari di Kedah. Settle!

Kami takde buat majlis bertunang. Bagi aku, pasangan zaman sekarang dah memang kenal-mengenal lama. Ada yang bercinta 5 tahun. Kalau dah lama bersama, buat apa bertunang? Tak ke dah cukup kenal? Baik jimat duit, nikah ja terus. Melainkan pasangan yang bernikah atas rancangan keluarga.. Mungkin bertunang tu perlu supaya boleh kenal2. Pandang2 je ye, tak boleh pegang2 hehe.

Aku faham, ada yang masih kuat mempertahankan adat tradisi & aturan masyarakat Melayu dalam mendirikan rumah tangga. Merisik, bertunang, nikah. Kalau bajet ada, apa salahnya nak buat majlis besar2an. Keluarga buat majlis kawin untuk aku simple & tertutup sebab itu adalah kemahuan aku dan mak + bajet yang tidak mewah. Kalau kau ada duit lebih, silakan nak buat majlis besar. Kalau kau nak buat kenduri jemput 2000 orang, silakan kalau itu kemahuan kau. Kalau kau nak hantaran termasuk barang kemas serba berdiri/duduk/baring, silakan kalau itu yang keluarga dah persetujui. Hak masing2.

Cuma aku nak kata, ingat lah, ukur baju di badan sendiri. Majlis kecik tak semestinya tidak meriah. Walaupun majlis aku hanya dihadiri 400++ orang [aku bajet 250 ja, tak sangka ramai datang]… tapi oleh sebab yang hadir adalah immediate family members, rakan office (2-3 orang), rakan serdang (yang memang berkawan sangat rapat sahaja), rakan yang lain (yang hanya betul2 berkawan & spend masa dengan aku & suami) & jiran2 terdekat… kawan2 aku kata majlis kami SANGAT MERIAH. Aku berpeluang bersalam seemmuuaa tetamu & yang hadir memang semuanya sangat2 dekat di hati aku.

Maaf la, kalau setakat kawan dalam friend list facebook, add dah bertahun tapi sepatah apa pon tak pernah bertegur, memang aku tak ambik masuk dalam list. Dah la tak pernah bersapa, bila tak jemput dia emo lebih2. Adoi..

Kesimpulan, buat keputusan sebaik2nya sebab yang aku rasa, sepatutnya majlis pernikahan adalah benda yang prosesnya mudah. Islam itu indah & tidak menyusahkan… Tapi oleh sebab ekonomi etc, belanja memang ada sedikit terasa beratnya… Aku paham bab itu. Bincang baik2 dengan mak & ayah.. Cakap terus-terang.. Niat kawin memang ada.. duit ada tapi hanya beberapa ribu sahaja.. Belanja ikut kemampuan diri.. Bagi aku, kalau nawaitu baik & ikhlas, Tuhan akan bantu..

So untuk mereka yang sedang merancang untuk berkeluarga, selamat merancang!

4 thoughts on “cerita pasal 24/9/2010

  1. YOU GO, GIRL!

    Well, dalam banyak-banyak wedding yang aku tak dapat attend, yang paling aku upset tak dapat be part of it was yours. It may be the smallest to others, but it was certainly the biggest to me.

    And oh yeah, tak ada hutang lepas wedding was the best feeling in the whole wide world. Haha.

    • as for me, aku sgt bersyukur dpt attend kenduri ko even tho makanan tinggal sikit2 ja. hehehe. kami smpi lewat petang, apa mahu buaaatt.

      seeing u in your wedding attire with syafiq was definitely one of the most memorable moment in my life. akhirnya setelah countless ups & downs, ko jumpa the REAL mr right. hehe.

      cant wait for u to come back :)

  2. biarkan, kenduri kawen ni kalau buat besar pun depa mengata kalau buat kecik apalah lagi
    moral of the story: biaq pi la kat depa yg mengata tu

    • tu pun satu persoalan yg bagi aku sangat pelik. buat kenduri besar kena keji, buat kenduri kecik kena hina. lama2 pening disebabkan nk kena akur mulut orang lain. haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s