Cerita 24 Julai 2011

Setelah hampir setahun bernikah, kami dikurniakan satu ahli keluarga baru. Untuk catatan aku, aku nak tulis rentetan peristiwa kelahiran budak kenit yang kini semakin debab hehehe.

23 Julai. 10.30pm

Aku ke tandas nak pee pee. Cadangnya nak kluar beli burger. Malam tu aku terasa taknak makan nasi. Berger adalah sasaran aku. Sebelum flush aku check toilet bowl. Maklumlah, aku dah overdue hampir seminggu. Sebarang benda mencurigakan aku kena check. Aik, ada darah. Aku hampir terlupa macam mana rupa darah period. Aku call mak aku dah dia suggest pegi check. Aku call best babe aku dia kata bukak sikit je tu, sure hospital suruh balik. So macam mana? Pikir punya pikir, aku keluar jugak, bawak je beg siap2, singgah beli berger (kena aa makan dulu, ye tak?), pastu ke hospital. Oleh sebab aku dah overdue, derang check (masukkan jari ke ‘situ’ dan ‘rasa’)… Owh, sudah bukak 2cm. Saspennnn. Tapi derang suruh balik. So aku pun balik dan singgah di kedai mamak. Mr Suami lapaq. Pekena teh ais segelas + megi goreng (ye, aku makan lagi sekali) kami pon balik. Layan Tv sampai kul 1.30 pastu aku masuk bilik tido.

.

24 Julai 2011. 3.30am

Mr Suami masuk bilik untuk tido. Bilik kami ada air-cond tapi selalunya aku pasang slow aja. Dia pelik tengok aku berpeluh2. Dia kejut. “Kenapa pasang aircond slow sangat?”. Dalam tak sedar aku jawab “Ntah, nak beranak kut” (mengikut cerita Mr Suami). Dia peluk aku dari belakang pastu terkejut bila seluar aku basah. Aku lantas bangun dan tak sempat aku tanggal seluar (aku ingat aku terkencing) air ketuban aku pecah! Dia punya banyak memang buat aku sangat terkejut. Masa tu, aku pujuk diri sendiri, “Relax jasmin, this is part of the process”. Aku pakai pad pastu kami terus ke hospital.

.

24 Julai 2011. 4.00am

Aku terbaring dalam wad sementara untuk ibu bersalin. Derang tengok pad aku and found out budak bertuah ni dah poop dalam perut. Mungkin sebab dah overdue. Atau dia saja nak kenakan mak dia hahahha. Ok, tak kelakar. Bila dah 4cm, derang pindahkan aku ke dewan bersalin. Kat hospital serdang ni, husband buleh masuk skali. So Mr Suami dengan setianya (walaupun dia terlalu mengantuk) lepak dalam wad tu. Sampai laaa pukul 6 pagi tapi masih aku tak rasa sakit apa2. Nurse pelik, aku tak rasa sakit even though meter pada alat (ape ntah alat tu) indicates yang badan aku is in pain. Syukur Tuhan, Maha Besar Tuhan, aku rasa biasa saja. Occasionally sakit pinggang sikit2. Then later mak aku cakap, itu lah dia contraction. Cuma lain orang, lain sakit dia.

.

24 Julai 2011. 8.00am

Doktor cakap progress bukak pintu rahim aku terlalu slow. So derang masuk ubat (induce) ke dalam badan aku. Masa tu aku masih mampu gelak2, buat lawak tapi masuk jaa jam 10am, aku dah mula sakit pinggang yang amat2. Puas laa Mr Suami urut pinggang aku.

.

24 Julai 2011. 11.00am

Bermula lah episod kesakitan yang aku tak boleh nak gambarkan… Wait, aku tak boleh nak kata sakit yang melampau… Cuma yang aku ingat, the urge nak poop yang TERSANGAT tak boleh nak tahan2. Bila tak boleh nak tahan aku macam dapat rasa keluar seribu macam benda dari down under. Aku tak berani nak tanya apa yang keluar.. I’m sure, nurse & doktor2 kat situ dah muak kut tengok. Masa tu aku bukak baru ja 7cm. Masih belum cukup tapi aku dapat rasa kepala budak nih dah separuh jalan turun. Heart beat dia punya laaa laju (ada mesin monitor heart beat dia). Berjuang lah aku dalam dewan bersalin tu.

Nurse, doktor & Mr Suami punyalah bersorak bagai bagi semangat kat aku lahirkan budak nih. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, pada 24 Julai 2011, lahirlah anak lelaki kami. 4.1 kilo! Semua terkejut sebab tak sangka budak besar nih keluar dari aku, laluan normal pulak tu. Hihihi.

Hampir 2 jam doktor jahit balik ‘tempat tu’ dan pada masa tu aku pon layan laa tidur. Sangat PENAT! Sepanjang pengalaman beberapa jam ni, i don’t remember the pain, aku ingat PENAT meneran keluarkan budak nih. Maha Suci Tuhan, aku gagah (ayat sedapkan hati heheheh).

Ni lah rupa budak kecik ni. Hehehe. Lain kali kalau aku rajin, aku sambung cerita. Nak gi pump susu badan sat :)

5 thoughts on “Cerita 24 Julai 2011

  1. congrats on your newborn min & oat.

    bersalin ialah luck. and u r one of the lucky person who has been chosen by Allah. smooth & vaginal delivery, eventho the baby is quite big. how lucky you are. aku harap aku ada luck mcm tu jugak lps ni, doakan aku :)

    selamat berpantang & welcome to motherhood!

  2. Anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka laa merupakan penyambung zuriat dan pewaris keluarga. Congratsssssss min…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s