Ya saya lah birthday girl itu (19 ogos yang lepas)

Bila tiba hari kelahiran aku rasa ramai yang akan re-cap cerita sepanjang setahun. Ada yang mengukur kemajuan dalam diri sepanjang tempoh setahun. Bila banyak yang baik semestinya hari kelahiran tu akan jadi lebih best dan meaningful.

OK aku nak re-cap apa jadi kat aku bermula Ogos 2010 sampai la ke Ogos 2011. Jom.

Pada 18 Ogos 2010, aku spend masa di Itudio Studio (memori manis banyak kat sini walaupun jangka hayat tak berapa nak lama). Aku tak ingat bila aku mula berkawan dengan Sue Anna Joe. She’s cool kalau kenal dia. First impression ialah dia pendiam sikit. First time bersua muka masa launching Itudio. Hari tu aku ambek gamba dia pegang duit buat kipas (salah satu profile photo dia kat facebook, once). Giler MLM haha. Masa tu aku banyak spend masa kat Itudio.

Birthday aku yang lepas, seperti biasa Mak akan beli birthday cake. Bila tengok balik gamba masa tu, aku kurus! Whahaha. Bulan tu jugak, adalah bulan puasa. Ada sesi buka puasa dengan Pitt & Anna & Luqman di Chillis. Oh, masa tu aku belum bernikah hehehe.

Raya kembali! Balik Batu Pahat macam biasa. Even though Nenek sudah tiada, culture balik kampung tetap tak dilupakan. Rumah Mak Nah dah memang jadi tempat berkumpul. Lagipun takkan nak stay Serdang, sunyi sangat kat Serdang hehehe. Cousin aku ada 2 orang bakal menimang cahaya mata hujung tahun ni dan awal tahun depan. Alhamdulillah, zuriat Atok Yunus berkembang :)

Bulan 9 jugak adalah titik mula hidup aku yang baru. Aku bernikah pada 24 Septemper 2010. Wohoo. Kawin kawin kawin. Masjlis cute tapi puas hati sebab ramai kawan hadir. Aku masih tinggal di rumah Mak aku. Nak menyewa tak berbaloi sebab area Serdang agak mahal.

Lepas tu bermula lahh kehidupan sebagai bini orang. Oleh kerana aku cool, aku tetap maintain cool walaupun dah kawin hehe. Marriage is different. Tapi aku kena admit, aku belum 100% merasa jadik suri rumah tangga sebab bila tinggal dengan Mak, department memasak memang aku lepas tangan. Harapnya kalau pindah rumah nanti, jangan laaa laki aku hari2 sakit perut haha.

Bulan November, Raya Haji menjelma dan kami balik ke Kodiang. Dan kami dikejutkan dengan berita besar. Aku pregnant! Kami beli benda alah tester tu dan result timbul positif. En Suami tak berapa nak percaya, so kami balik Serdang dan buat ultrasound scan. Memang la ada benda alah nye hehehehe. Alhamdulillahhhh. Syukur Tuhan, rezeki anak dapat seawal tempoh beberapa bulan bernikah :)

Tak banyak gambar aku tengah pregnant sebenarnya. Having a photographer as a husband, tak semestinya meriah dengan gambar. Dah la aku sendiri pon tak berapa minat menjadi subjek foto. Sepanjang 9 bulan lebih tempoh pregnant tu, semua berjalan lancar.

Oh aku menghadapi viva master bulan April 2011. Keputusan tak berapa menggembirakan. External reviewer tak puas hati dengan thesis aku, ada penambahan nak kena buat. So aku masih belum graduate. Pfftttt.

Pada July 2011, lahirlah Aidan, anak kami :)

Dan bulan ini, bulan Ogos 2011, selagi lagi mengharungi Ramadhan. Kali ni, bersama suami dan anak. Dan juga 30 hari berpuasa yang aku kena ganti nanti huwaaaaaa.

Terima kasih Tuhan, Kau memang Maha Baik dan Maha Penyayang :)

p/s : Blog yang aku baru buat untuk anak. Klik sini :)

2 thoughts on “Ya saya lah birthday girl itu (19 ogos yang lepas)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s