serius sikit lah

Kenapa masih ada sesetengah orang yang sangat cepat meletak label pada seseorang? Padahal kononnya kita ni masyarakat moden yang berfikiran terbuka dan mudah memahami. Kita ada source of information yang letak nya kat hujung jari (atau hujung poket sebab kalau takde duit tak boleh lah nak beli gajet mahal dan langgan pakej internet, ye tak?). Hanya perlu online dan search. Atau. Online dan tanya kenalan2 lain.

Post aku kali ni mungkin akan mendatangkan padah kat aku jugak. Aku mungkin akan dilabel liberal dan sebagainya. Damn. Label lagi sekali. Apa pun persepsi korang semua, tolong hormat pemikiran aku, ok?

Dulu aku suka label orang jugak. Kalau free hair mesti jahat. Kalau hisap rokok mesti jahat (perempuan). Kalau tak solat mesti jahat. Kalau suka mencarut mesti jahat. Padahal aku sendiri pon ada buat benda yang aku benci orang lain buat. Hipokrit bukan? Ya, dulu aku memang begitu. DULU. Harapnya aku tidak lagi begitu. Hinggalah aku bersuamikan Mr Suami dan berkenalan dengan beberapa yang lain, sikit2 terbukak minda aku ni.

Aku cukup benci kalau online facebook, pastu terrrrbaca status updates manusia2 yang cukup cepat menyalak kuat2. Sorang menyalak, yang lain join memekak. Gejala ‘sharing is caring’ sudah terlalu disalahgunakan. Konon nak share info ustaz-tu-cakap-ni atau dato’-ni-cakap-tu padahal masing2 bukannya reti nak kaji, main share ja. Ni lah, gejala kononnya sharing is caring.

Hampa ni padia?

Makin ramai suka share info pasal agama, pasal hukum. Pasal apa yang salah, apa yang betul. Syurga, pahala. Dosa, neraka. Baguslah, kita kena galakkan knowledge flow. Sesuatu itu tidak boleh dikira ilmu kalau duk diam kat seorang sahaja. Sebab tu terciptanya perpustakaan. Supaya ada knowledge flow. Tapi semua tu knowledge ke? Kenapa aku persoal? Haaa aku persoal sebab aku sakit mata baca komen2 yang berderet2 pada post tu. Mula2 ok tapi lama2 cakap macam tuhan.

Contoh?

Umat Islam hendaklah menutup aurat‘. Komen susulan – Bertaubatlahh korang yang tak pakai tudung nanti masuk neraka.

Haaa ni lah dia contoh tuhan main internet.

Pernah dengar kan? Cerita pelacur masuk syurga?

Tak pernah? Sila search.

Senario normal di Malaysia – Bila tiba je pilihan raya aku cukup semak bila agama dijadikan modal untuk mendapat undi. Tiba2 semuaaa orang jadik ustaz. Tiba2 semuaaa orang jadik geng surau. Solat dan ibadah adalah rahsia. Eksklusif untuk kau dan Tuhan sahaja. Tak payah nak cakap orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kalau duk cakap macam tu buang je lah kopiah tu. Tak mendatangkan apa makna sekalipun.

Kita ni kalau nak orang suka, caranya ialah, dengan berbuat baik dengan orang. Bukan tunjuk baik dengan memburukkan orang lain. Orang jadik lagi benci, tahu?

Ha kan aku dah tak sengaja jadik serius dan merapu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s