Karut atau kebetulan?

Aku cukup tak berkenan dengan dua perkataan ni – orang kata. Contoh ayat : Orang kata bahaya lalu sini, nanti kudung kaki. Sapa ‘orang’ ni? Orang dulu? Berapa lama punya dulu? Orang tua? Orang tua mana? Bukannya aku nak pertikai pengalaman orang veteren, cuma aku pasti lain orang lain pengalaman dan situasinya. Tidak akan ada satu orang yang sama 100%. Yang Maha Bijaksana jadikan umat manusia masing2 dengan perangai masing2.

Masa aku pregnant, kemain ramai la yang ‘pelawa diri’ memberi nasihat itu-ini. Aku sangat menghargainya tapi kalau aku tak ikut tu, mesti lah aku ada alasan yang tersendiri, kan? Bila aku minum segelas air coke, ada seorang staf terjerit2 cakap “Minnnn jangan minummmmmm”. Macam biasa, for the sake of learning new things, aku tanya lah “kenapa?”. Dan apabila jawapan yang keluar bermula dengan dua perkataan tadi – “Orang kata tak elok, aku tak tau lah”. Aku pun senyum dan terus saja minum depan dia yang masih terkulat2 + mata terbeliak. Aku yakin, apa sahaja pun, kalau dimakan/minum/buat secara berlebihan adalah tidak elok. Kalau nak minum tu, minum je lah. Cuma jangan la bantai sampai 2-3 tin dalam sehari.

Mengikut pengamatan dan cerita2 dari orang lain, aku tak percaya pasal mengidam. Tak tahu lah kan, aku baru sekali ja mengandung dan pengalaman yang sekali tu tidak termasuk pengalaman mengidam. Semestinya kita semua ada cravings – nak makan berger, nak makan mihun mensyuarat, nak daging ostrich, etc. Cuma mungkin masa pregnant, kadar cravings tu meningkat. “Kalau mengidam, kena carik untuk bini, kalau tak nanti, orang kata anak air liur meleleh2″. ALL kids drool. It is part of the process. Bila gusi gatal nak keluar gigi, mesti laa air liur dia meleleh.

Sesungguhnya masyarakat Melayu ni banyak protokol haha.

Cuma mengikut pengalaman aku, aku ni kuat minum air berais, dan hasilnya keluar lah Aidan yang berat 4.1kg haha. Padahal genap 9 bulan, doktor scan dan estimate berat dia dalam 2.8kg ja :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s