Kau pasti ke kau tu redha?

Pada minggu lepas berlaku kejadian rompakan di fakulti aku ni. Ada 3 bilik pensyarah kena ceroboh. Since bilik kami di tingkat paling atas, syiling office kami jenis yang terbuka – syiling boleh di alih2. Alaa yang jenis pakai fiberboard. Memang mudah sangat la kalau nak dialihkan. Bilik paling hujung ialah seorang pensyarah arkitek, bilik kedua pensyarah landskap dari Indonesia dan yang ketiga pensyarah industri. Barang yang hilang termasuk laaa notebook dan kamera. Polis ada datang dan saspek student punya kerja sebab barang yang hilang termasuk laa marker untuk buat drawings. Sebatang marker tu hampir RM10 woo. Takkan laa pencuri nak pakai marker. Gile bizarre.

Pensyarah dari Indonesia (Puan Ina namanya) tu antara pensyarah yang rapat dengan aku kat fakulti ni. Masa aku masih student, arwah ayah banyak bawak dia jalan2. Bawak gi kedai2, tunjuk kat mana nak dapat makan sedap, bawak gi kenduri kawin etc. Dia kenang sangat arwah ayah tu dan akhirnya kami pun jadik rapat. First time aku ke Jakarta, dia sponsor flight makan sumer. Rezeki aku :)

Nak dijadikan cerita,  Pn Ina tanya kat aku, boleh ke kalau dia nak suruh student jadik spy, riki kat asrama kalau2 ada nampak barang2 dia yang hilang. Dia nak sangat2 tau apa jadik kat barang2 dia.

Tindakan aku mudah saja. Aku tanya dia satu soalan.

“Puan Ina redha tak apa yang terjadi pada Puan Ina?”

Dia hanya senyum dan cakap benda yang sama seperti apa suami dia bagitau.

Redha adalah satu perkataan yang sebenarnya berat untuk dibawa. Menyebutnya tersangat lah mudah. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa saya ketentuan daripada Allah s.w.t. Termasuklah yang baik atau yang buruk. Dapat duit gaji, dapat hadiah ataupun barang dicuri, rumah dirompak. Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Ada kenalan berkata, kalau kita hilang sesuatu, anggaplah barang yang hilang tu bukan milik kita. Kita tak berhak ke atas barang itu. Cuma cara barang tersebut ‘diambil semula’ mungkin berbeza dan banyak cara. Antaranya ialah kehilangan/dicuri. Tak payah laa nak cakap pasal pencuri tu berdosa. Cuba tengok diri sendiri. Segala kejadian itu, adalah kifarah. Ada sebab dan musababnya. Itu PASTI. Kalau Allah tak izinkan, pencuri tu sendiri pun tak akan berjaya mencuri. Mesti ada sebab musababnya kenapa dia diizinkan mencuri.

We are a big al-quran to one another. Kita boleh belajar bermacam perkara kalau kita paham makna kejadian keliling kita.

Sebab tu aku selalu ingatkan diri. Redha. Bukan melalui kata2, tapi melalui perbuatan dan rasa dalam hati. Tak payah nak cakap, Tuhan Maha Tahu. Dan aku sendiri pun masih jauh dari sepenuhnya redha.

Kau macam mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s