Cuba sekali sekala ketuk belakang badan sendiri

Seperti si suami selalu pesan kat aku, tengok dulu diri sendiri, tak payah sibuk2 tengok orang lain. Check kesalahan diri sendiri tak payah susah2 nak ambek tahu kesalahan orang lain.

Thanks wahai suami sebab selalu ingatkan binimu ini yang asyik la leka.

Seperti banyak kali aku pernah mention sebelum ini, we are a big Quran to each other. Kalau definisi Quran itu ialah panduan hidup, orang keliling kita jugak adalah panduan hidup. Wujudnya orang lain yang bersifat negatif, bersifat kejam, jahat, tamak etc sememangnya adalah sebagai contoh untuk kita. We are not supposed to just take the good, we have to also look at the bad. 

Macam kalau orang bercinta lah. Buruk baik sumer pon nampak wangi.

Tapi kentut tetap busuk ye.

Kita ambik lah pengajaran dari kes kematian Nurul Nadirah [ambek masa sedekah al-fatihah sat], dia pergi dalam usia dunia yang muda dan pengakhiran hidup dia sangat tragik – ditemui rentung. Mak dia confirm dalam sesalan yang teramat sangat. Aku pasti ramai yang marah dengan alasan mak dia – leka main Facebook. Apa pun alasan mak dia bagi, aturan Allah yang mengatakan Nadirah akan tinggalkan dunia pada umur 5 tahun tak akan berubah! Cuma jalan cerita dia agak tragis.

Kita doakan lah, kes ni selesai cepat dan mak dia diberi kekuatan sebab dia ada anak2 yang lain yang perlukan perhatian dia.

Kita tengok diri sendiri, berapa banyak masa kita habiskan untuk diri sendiri di internet? Dalam sehari, berapa banyak masa kita bahagi untuk kerja? Untuk keluarga? Untuk diri? Kalau ada anak2, berapa banyak masa kita spend untuk dia? Aku kadang2 marah kat diri sendiri… Penat kerja pastu bila anak minta manja aku jadik geram. Kononnya anak tu ganggu aku nak buat kerja. Padahal budak kecik tu nak remind aku – hey sudah2 laa tu buat kerja, layan anak kau ni. Tima kasih Aidan sebab constantly remind Mama :)

So lepas ni mari lah kita baca surat khabar/surf internet/dengar radio dengan hati yang terbuka agar kita dapat digest segala yang kita baca/dengar dengan baik dan positif. Ingat, buruk baik kita jugak dijadikan panduan oleh orang keliling kita :)

One thought on “Cuba sekali sekala ketuk belakang badan sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s