Kifarah?

Setiap benda yang berlaku pada kita boleh jugak dikata kifarah. Kifarah ni mengikut pemahaman aku, something yang Allah give back to us yang disebabkan perbuatan kita yang lampau. Bak kata – sakit itu penghapus dosa.

Sedia maklum, orang tua macam aku ni agak kerap sakit. Demam, batuk dan sebagainya. Clearly we can understand aku ni semestinya banyak dosa, banyak buat silap sebab lama jugak la aku dah hidup kat dunia ni. Harapnya sikit2 dosa aku terhakis dengan setiap kifarah yang aku dapat.

Persoalan aku nak bawak kat sini – kenapa baby demam? Kenapa budak sekecik anak kami boleh demam? Ok, put germs aside. Kita guna konsep kifarah yang aku cakap tadi. Apa agak2 dosa budak yang baru berumur 8 bulan di dunia ni? Apa dia cakap bohong ke? Dia mencurik ke? We just never know kan?

Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari seorang budak kecik yang sedang demam? Antaranya:

1) Mak bapak dilatih agar lebih sabar dalam melayan karenah manusia lain. Sabar sebab kita semua TAK sama.

2) Kifarah itu melanda semua tak kira umur, jantina, anak pak imam, anak penyanyi kelab, bangsa dan agama.

3) Jangan pandai2 menilai manusia lain. Jangan berlagak tuhan nak kata salah orang lain. Kenapa? Bayangkan la baby yang demam, ntah apa salah dia buat sampai Allah bagi dia demam. Macam tu gak manusia lain, kita mana laa nak tau apa salah depa yang buatkan Allah bagi kifarah.

4) Kita lebih hargai kasih sayang sesama manusia. Sampai ke hati korang tengok baby demam asyik nangisss ja sebab depa taktau macam mana nak story sakit kat mana?

So, kesimpulan aku nak cakap ialah, Aidan tengah demam ni. First time dia demam sejak lahir. Dan sekarang aku cuti duk rumah jaga dia. And how I wish Baba dia ada kat sini.

Take care Baba, duk kat negara luar sana nun, we love you :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s