keyword: Memahami

Aku pernah tanya kawan rapat kami, apakah yang dia cari daripada seorang perempuan yang bakal dikahwini. Jawapan dia mudah saja.

Memahami.

Dia tak bagi jawapan tipikal – agama, rupa, kaya, pendidikan etc. Ya benar, kita kena tengok benda2 ni bila nak bernikah. Then again, aku yakin semua setuju – tak semua orang adalah sama. Betul?

Kehidupan ada suami betul2 mengajar aku sifat sabar dan toleransi. Aku ni si panas baran. Mulut lancang dan tidak peduli hal orang lain. Dulu lah. Alhamdulillah Allah Taala temukan aku jodoh yang ajar aku macam2 dan sabar menasihati aku.

Husband aku baru ja kembali dari kerja 3 minggu di negara orang, 2 hari lepas. Tapi malam ni dia sedang o.t.w ke Penang dan seterusnya Bangkok. Sebagai bini yang cool aku paham, ini peluang si suami nak tengok tempat orang.

Tapi tipulaaa kan kalau aku cakap aku tak merajuk. Rindu tak habis lagi dah tambah lagi rindu lain.

Takpe, aku nak jadi bini yang memahami.

Bagi perempuan yang bernikah dengan lelaki yang bisnes sendiri + bidang foto + video + production, memang akan kerap ditinggalkan. Ya lah, depa bukan makan gaji macam kebanyakan kita.

So pesan aku kepada perempuan, sabar dan fahamilah pasangan anda. Kerana jika suami happy, korang mesti happy jugak. Kalau suami bahagia, korang mesti bahagia jugak. Ini lah (bagi aku) definisi syurga bawah tapak kaki suami.

Kami tunggu Baba balik ye. Nanti kita pi jalan2 :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s