sharing is caring (ye ke??)

Kalau korang perasan, kat Facebook dan Twitter selalu akan ada orang update pasal diri masing2. Tujuan nya ialah nak sharing apa yang terjadi pada diri dan persekitaran. Sama macam blog ini. Tujuan blog ini ialah sharing dan juga untuk sebaran ilmu yang aku dapat dan pahami. Sebab tu penting kalau ada sapa2 komen/tegur, kita tak boleh cepat melatah/melenting. Persepsi kita memang susah nak sama dengan orang lain.

Kadang2 ada yang sharing pasal masalah, musibah, ujian, nikmat, ibadah dan sebagainya. Ada yang share pasal betapa nikmatnya dapat beribadah. Betapa enaknya iman. Betapa peritnya dugaan.

Most of the time aku suka baca sharing macam ni. Sebab secara tak langsung kita dapat tempias ilmu yang mereka share.

Tapi kadang2 ada juga sharing yang tak perlu. Contohnya, betapa bangga dapat solat di Mekah. Bangga boleh terrrtuju kepada riak. Contoh lain, betapa susahnyaa penderitaan padahal ada yang lebih sengsara. Kan kita diajar, sakit tu pun sebenarnya nikmat?

Aku tak terkecuali, kadang2 akan keluar sharing macam ni. Pastu bila tengok balik archive, aku akan malu pada diri sendiri. Perlu ke share?

Pagi ni dalam paper utusan, ada artikel pasal wasiat Rasul Allah kepada Saiyidina Ali. Yang buat aku tulis entri ni ialah pasal tanda2 orang jujur:

  1. Merahsiakan ibadat
  2. Merahsiakan sedekah
  3. Merahsiakan ujian yang dihadapi

Ha, korang buat ke semua kat atas tu? So marilah kita cuba untuk buat ketiga2 list kat atas tu. Semoga kita jadik orang yang jujur.

Ingat, solat adalah rahsia ;)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s