Mak Budak, Perempuan Random, dan Anak.

Karakter : 

  1. Mak Budak ialah seorang wanita lingkungan 40-an yang tidak bertudung tapi tak pernah expose lutut & ketiak. Pendek kata, tak pernah berpakaian seksi. Apa orang kata, she wears decent clothes.
  2. Anak ialah seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang sangat banyak bertanya kepada Mak Budak. Pendek kata, curious dan berfikir.
  3. Perempuan Random ialah seorang gadis berumur lingkungan awal 20-an, bertudung dan suka berfesyen macam awek2 tudung yang melambak di Malaysia. Pendek kata, baju singkat + seluar fit = OK sebab pakai tudung. Katanya tutup aurat.

.

Cerita :

Pada satu hari, Mak Budak dan Anak jalan2 kat Pavilion, KL. Nak beli baju baru si Anak ni ha. Sejak keluar rumah hingga ke parking lot, si Anak tak berhenti bertanya pasal ‘tudung’. Kenapa kena pakai, kenapa ramai pakai, kenapa ada tak pakai, kenapa mak tak pakai, kenapa ada macam2 fesyen, kenapa ada yang labuh ada yang nampak warna bra, etc. Si Mak Budak ni cubalah sedaya upaya menjawab soalan Anak dengan penuh hemah tanpa bias terhadap mana2 pihak. Si Anak puas hati dan tak bertanya lagi lantas terus fokus pada tujuan utama ke Pavilion – shopping.

Lalu lah Perempuan Random ini semasa mereka nak ke food court (kena makan dulu sebelum shopping, baru ada tenagaaaa).. Lengkap bertumit tinggi, sanggul lebih 90 darjah ke atas. Baju jenis kaftan tapi bila sampai bahagian pinggang mengecut menutupi buntut. Seluar skinny jeans. Mekap ringan tapi sapuan mata impak maksima. Memang stylo. Ramai mata menghala ke Perempuan Random lantas menyebabkan langkah nya semakin zig-zag. Ala2 model gitew.

Si Anak hanya diam dan memerhati. Si Mak Budak pulak memerhati reaksi si Anak. Lantas Mak Budak bertanya:

Kenapa tengok that lady macam tu? Isn’t she pretty?”

Si Anak masih berdiam diri. Riak muka dia nampak struggling nak jawab soalah Mak Budak.

Lawa? Hurmm if that is what you mean by pakai tudung, I rather be like you mom. Tak pakai tudung tapi tak seksi

.

Maka terdiam lah Mak Budak dan yakin lah dia bahawa si Anak memang berfikir. Dan, dia harus carik cara lain nak galakkan diri nya dan diri si Anak  agar tidak terus menzalimi diri sendiri.

.

Moral? It is not easy to change minds. Tak mudah nak ubah pendirian dan pegangan. Kena ada hujah yang baik lebih2 lagi kalau budak2 yang bertanya soalan. Kita yang dah besaq panjang nih, kena cuba sedaya upaya ‘mengaji’ dan kaji ilmu. Supaya, kita mampu jadik yang terbaik untuk anak2 kita nanti.

Alahai, kalau nak berfesyen tu tidak le aku kata salah. Tapi biasalah, lain orang lain persepsi. Aku? Aku tak kisah kalau KAU sendiri pun tak kisah pasal orang lain :)

.

.

* cerita berdasarkan kisah benar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s