fobia

Fobia.

Aku pasti masing2 ada benda yang boleh mendatangkan rasa seram sejuk kat badan. Ada sesuatu yang boleh membangkitkan rasa takut, geli, seram dan mungkin rasa nak muntah.

Ada kawan aku, gayat yang agak teruk. Naik cable car kat Langkawi terus meniarap macam spiderman kat lantai. Nak buat macam mana, kawan2 sumer naik takkan dia nak tinggal sorang2. Mula2 tengok video memang kelakar, tapi lama2 rasa kesian sebab bermasalah jugak kalau takut tinggi.

Aku? Aku ada perasaan geli yang amat tinggi terhadap maggots.

Kalau aku nampak, aku akan menggigil dan rasa geli nak pijak lantai. Kadang2 aku nak nangis hahhaha. Kelakar bukan?

Punca? Mesti laa ada punca. Semua benda kat dunia ni ada sebab-musababnya.

Arwah ayah aku meninggal hampir 8 tahun lepas. Dia mengidap kanser kulit. Asalnya taik lalat sebesar bontot pensel, jadik macam syiling 50sen, membonjol dan pecah ke dalam badan lalu merebak. Tak sampai setahun ayah dah kembali kepada Yang Satu *al-fatihah.

Orang sakit kanser ni, ada satu jenis bau yang aku rasa unik. Kalau kita masuk wad pesakit kanser, bau ni memang obvious. Selain itu, bau luka dan bau hanyir dari luka kulit ayah pun kadang2 memenuhi ruang rumah. Sampaikan pintu bilik ayah kena bubuh netting untuk menghalang lalat masuk.

Satu malam, dalam pukul 3 kut, mak aku kejut aku. Menangis dan panik. “Jom tolong mak”.

Aku pun pergi dan alangkah terkejutnyaa aku nampak 2-3 maggots tengah kerumun luka kaki ayah. Mak menangis sambil kutip ulat tu dan berulangkali minta maaf kat ayah.

“Maaf ayah, I tak perasan ada lalat masuk. Maaf ayah, maaf ayah, maaf ayah”

Mak suruh aku pegang kain ayah tapi aku pitam sebab terlampau terkejut. Aku sangat respect mak aku sebab dia memang sangat kuat….

Sedar dari pitam (mak aku biar aku terbaring atas lantai), aku pulak menangis, minta maaf kat mak sebab aku pitam dan tak tolong dia. Aku terus masuk bilik aku dan sambung nangis sampai esok.

Mungkin sejak tu, aku jadik fobiaaa sangat kat maggots. So,korang ada ke fobia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s