Lagi 20-30 tahun

Tahun ni umur di dunia dah masuk 30 tahun.. Ada lagi beberapa puluh tahun aku akan sampai ke angka 50. Biasanya orang gomen akan pencen pada umur 58 tahun.. Maknanya, aku ada lagi 28 tahun untuk sampai ke umur itu. Wahhh macam tak lama lagi je.

Itu pun kalau aku decide nak stay in service until pencen lah. Kalau rezeki aku kat tempat lain, kita mana nak tahu kan?

Buat masa ni kat office ni, ramai yang berumur 40+. Yang sebaya dengan aku ada dalam 3 orang, yang lebih 5-10 tahun ada dalam 10 orang jugak kut. Maknanya dalam 10 tahun nanti akan ada pengambilan staf baru. Kira okay lah, agak balance. Ada sesetengah tempat kerja tepu dengan orang yang nak menuju pencen sampaikan bila intake staf baru, tetiba semua muka muda. Bagi aku tak berapa bagus sebab yang veteren tak sempat nak tunjuk ajar. Pastu kalau ramai sangat orang muda- paham2 saja lah kan. Besar kepala, eksen, takmo bercampur, aku-pangkat-pegawai-mana-layak-buat-kerja-kerani dan sebagainya. Realiti kebanyakan tempat kerja macam tu skarang, ramai kawan2 aku merungut.

Anyway, the point is, aku nak kena plan siap2. Mana salon kecantikan aku nak pegi supaya muka aku nampak sebaya dengan bakal2 staf baru yang nak masuk lagi 8-10 tahun. Hehehehehehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s