Post Pasal Pilihan Raya 2013 #1

Perang bendera bermula kembali! Sejak Uncle Najib announce Parlimen dibubarkan, bertambah rancak lah perang siber pasal siapa layak dan siapa tak layak untuk menerajui Malaysia. Sangat hot stuff kerusi Perdana Menteri tu, ye? Padahal kalau lah korang tau betapa berat tanggungjawab jadik ketua, mesti ramai tak nak seat tu. Sedangkan masa zaman Nabi, masing2 tak nak jadik pemimpin sebab amanat Allah Taala amat lah berat, terutama pada meraka yang bergelar pemimpin.

Tapi kalau niat nak duduk atas sebab nak balas dendam, semoga Allah tak bagi kau menang. Orang macam ni kalau dah duduk kat atas, akan ramai la kena aniaya. Bahaya. Elok lah yang dapat seat tu, orang yang nak tolong negara dan rakyat.

Satu benda yang sangat buat aku sakittt mata ialah perang bendera. Ye, aku tau, masing2 nak menzahirkan sokongan kepada parti kesayangan. Masing2 nak ‘menanda’ kawasan. Tapi, PERLU ke korang tampal kat POKOK segala bendera tu??

Contoh :

dan,

Cuba bayangkan kalau korang tu pokok, pastu aku paku bendera kat badan korang. Sakit kan? Mentang2 laaa pokok tu tak bersuara macam manusia, korang buat suka hati.

Aku yakin, korang sebenarnya takde niat nak seksa pokok tu macam tu. “Arahan orang atasan” adalah alasan paling biasa aku dengar. Tapi cuba korang buat inisiatif lebih sikit. Since masing2 ada bajet (tapayah tipu, mana2 parti ada bajet ‘pilihan raya’ yang digunakan untuk tujuan kempen), cuba buat effort lebih sikit. Beli pancang pastu pacak bendera kat tanah. Atau IKAT pada dahan pokok. Macam gambar kat bawah ni:

atau,

Atau la kan, bagi aku, nak tunjuk the ULTIMATE support kepada parti kesayangan, buat macam mamat ni:

Aku tak samakan dia dengan beruk tu. TIDAK SAMA SEKALI. Aku rasa gambar beruk tu ada orang impose sebelah mamat tu.

Apa pun, sokong lah parti anda dengan bijak dan berhemah. Jangan sampaikan susahkan orang lain, termasuk ciptaan Allah Taala yang lain- pokok2 disekitar kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s