aku tak paham. sungguh.

Satu hari aku ada bukak youtube, layan video pasal ‘the most hated family in America’. Keluarga tu sangat benci golongan gay dan mengikut pemahaman mereka (komuniti mereka tak ramai), takde benda lain yang patut dimarahi selain marah kepada golongan gay. Mereka rajin berpiket kat majlis pengebumian askar Amerika. Terkini, mereka mula sebar benci kepada golongan Yahudi dan Islam.

Point nya disini ialah– humans are capable of hating others, sampai ke tahap yang kadang-kadang susah nak percaya.

Bagi aku, tujuan wujudnya agama adalah sebagai panduan. It is a way of life. Bukan satu ‘persatuan’ yang eksklusif dan boleh dijadikan alasan untuk bercakap sesuka hati atau berbuat sesuka hati. Agama dan peraturan-peraturan yang datang bersamanya adalah satu panduan supaya kita jadik manusia yang baik dan berbuat baik sesama manusia lain, terutama diri sendiri. Bagi aku, kalau ajaran agama tu membuat kita layan diri kita sebaik mungkin, kita akan otomatik layan orang lain sebaik mungkin.

Kalau ikutkan, banyak je definisi agama pada aku, tapi aku pilih yang sesuai dengan post aku hari ni.

Aku ada seorang kawan, yang cukup terkenal kerana dia rajin share pasal diri dan keluarga dia. Aku pernah tanya, kenapa dia suka share macam-macam padahal ramai orang gunakan apa yang dia share (instagram, facebook etc) sebagai satu tool untuk menjatuhkan dia. Dia jawab mudah saja– aku berhutang dengan ramai orang, sebab orang ramai sedekah duit untuk operasi jantung anak aku, aku share segala perihal keluarga. Pendek kata, orang yang membantu dia dah jadik macam ‘keluarga’ dan berhak tau perkembangan anak yang disayangi begita ramai strangers.

Tapi macam biasa, fame comes with haters. Apa orang kata, ‘haters gonna hate’.

Cuma yang buat aku berpikir sampai migraine ialah mengenai apa yang ‘haters’ ni semua tulis. Demi Allah aku tak pernah sangka, manusia (terutama Muslim) BOLEH tulis sampai macam tu skali. Bila ada muslim (aku assume dia muslim berdasarkan nama dan avatar dia) tulis secara terbuka (di twitter), menulis ayat-ayat macam kat bawah ni:

“aku nak sembelih anak dia”
“rasa macam nak dera anak dia”
“adakah vagina dia sama deep macam puisi dia?”
“dia tu deep sangat tahap beromen dengan negro pun tak dak rasa”

….

Tu tak termasuk lagi dia anjingkan ayah orang lain.

…………..

Aku macam….. WTH???

.

..

Serius aku blur. Aku terus tak tau nak tulis apa. Sekarang ni. Dengan kepala berdenyut-denyut.

……

Ada beberapa orang yang menulis macam tu, adalah orang yang memakai hijab. Kenapa aku sentuh pasal dia pakai tudung? Berbalik kepada ayat aku awal-awal tadi. Agama, sebagai panduan. Peraturan, untuk menjadikan kita lebih baik. Tapi kalau peraturan dari segi pemakaian (yang memang kita praktik setiap hari) pun masih gagal mengekang benda-benda yang tak sepatutnya dicakap daripada terkeluar, aku tak tau la apa lagi cara nak ‘menapis’ mulut (dalam kes ni, tangan) orang-orang ini.

Aku macam tak percaya dan berharapppp sangat orang-orang ini adalah ‘palsu’. Tapi bila tengok dia ada instagram, dan banyak skali gambar, aku terpaksa percaya dia memang ada, memang wujud.

Selalu kita dengar kawan-kawan kita yang free hair cakap– apa guna pakai tudung tapi perangai macam haram. Memang ada betul apa mereka cakap.

Tolong la aku jawab soalah ni– KENAPA tergamak tulis macam tu pasal orang lain? Adakah takde sekelumit pun iman dalam diri sampai tergamak cakap macam tu pasal orang lain? Siap retweet banyak kali, siap tambah lagi bara kat api. Aku ni bukan lah orang yang paling layak nak soal iman orang lain tapi tindakan macam ni seolah-olah takda pegangan langsung. Even atheist pun ada batasan yang mereka sendiri tetapkan untuk diri sendiri.

Sudah lah. Aku nak tido.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s