Mengarut di bulan puasa 2014

Selalu tak, kita dengar cerita, orang alim jenazahnya manis, ‘bercahaya’ dan tenang?

Apa itu ‘alim’?

Alim itu kata akar dari ‘ilmu’. Ilmu tu luas dan tak hanya pada ilmu agama.

Pada aku lah.

Aku ada kenal seseorang ni. Alim ke tak aku tak tau. Tapi sangat suka tolong orang sampaikan orang nampak dia macam digunakan. Dia cukup suka tanam pokok. Banyak pokok yang dia tanam dah besar, lagi tinggi dari bas.

Lama-lama kenal, aku dapat tau satu benda– dia tak pandai mengaji. Surah dia tau pun al-fatihah sahaja. Kalau bacaan dalam solat pun, dia tak tau semuanya.

Tapi itu antara dia dengan Pencipta, aku tak perlu bagi pandangan aku sendiri.

Ajal dia sampai pada umur 50++ Dalam kepala aku yang tipikal (pada masa tu), aku duk bayang la ‘habis laa dia ni nanti’. Tapi something happened. Something that changed my stupid perspective towards life as a whole.

Jenazahnya senyum! The same smile he always give me. Kulit dia pucat tapi raut muka dia buat semua dalam masjid berbisik dan bertakbir.

He is PROOF to me, yang Allah Taala tu, tak pilih orang ikut betapa alim nya rupa luaran dia. Allah Taala tu langsung tak memilih! Si arwah adalah bukti kepada aku, pasal kisah pelacur yang di beri ganjaran syurga. Si arwah adalah bukti kepada aku, bahawa ibadah tu bukan hanya kepada Allah, tapi termasuk berbuat baik kepada semua manusia.

Thank you, mister. For you are the proof that i dont have to care about what people do, what people say, what people think, as long as i know what to do, what to say and what to think.

Masih lagi ke nak persoal hal orang lain punya dosa & pahala? Masih? Kesian la kau.

Salam Ramadhan. Jangan lah hanya puasa fizikal. Puasa is so much more than tahan lapar dan dahaga.

3 thoughts on “Mengarut di bulan puasa 2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s