IMG_0395

Tentang turning point

Bila orang kata– go travel! Aku pulak kata– go hijrah! Sebab apa?

Sebab bila kau hanya duduk maximum seminggu kat satu tempat, kau hanya dapat rasa seronok kat tempat orang. Seronok yang selalunya akan buat orang tempted nak banding-bandingkan dengan apa yang kita ada kat tempat sendiri. Dan kebanyakan yang aku nampak senario nya di Malaysia ialah betapa buruk dan hodoh nya negara sendiri.

Tuhan tak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kita mengubah nasib kita sendiri.

Adakah memburukkan dan mempersendakan makhluk lain disekeliling kita boleh buat hidup kita lagi best? Mungkin kau akan rasa seronok sekejap tapi setakat tu sahaja lah.

Satu benda yang aku sangat suka dalam pengalaman duduk di negara orang ialah aku kenal diri dan agama dengan lebih baik dan terbuka. Satu benda yang seronok dalam bulan puasa ni ialah bila orang bertanya pasal puasa.

Kenapa? Tak susah ke? Kenapa macam zalim je agama kau? Kenapa perempuan bila period tak payah puasa?

Atau soalan yang aku dapat dari orang homeless– Kenapa kau menyorok? Tak payah pakai semua ni (tunjuk kat tudung), kau kat Oz sekarang.

Benda ni dulu aku rasa macam bukan benda yang  kritikal untuk aku tahu. Kita take for granted sebab kita dilahirkan sebagai Muslim. Kita takda pengalaman mencari Yang Agung. Kita ikut dan ikut….

Aku happy bila ramai kenalan aku sama-sama mula mencari Yang Satu. Sama-sama terbuka berdiskusi tentang Yang Maha Penyayang.

Setengah orang rezeki dia boleh menjejaki tanah-tanah lain selain Tanah Melayu, macam aku. Diberi peluang ke the Land of Oz jadi satu turning point kat aku. Ada yang jumpa turning point dari penderitaan– ahli keluarga meninggal, kena tinggal kekasih, kucing mati kena langgar atau dapat D dalam subjek yang wajib kau ambik kat Universiti.

Apa pun benda yang ada depan kita, aku rasa dalam bulan yang dikatakan lebih elok dari bulan-bulan yang lain, elok jugak kalau kita undur sikit ke belakang dan tengok balik diri kita. Tengok balik benda-benda yang kita pernah cakap. Facebook dah tolong aku agak banyak untuk tengok balik benda karut yang aku pernah tulis dulu.Tengok balik benda-benda yang kita ada– berlebihan atau tak, perlu atau tak. Tengok balik perlakuan kita dengan manusia lain. Tengok. Ambik pengajaran. Ubah mana yang perlu. Upgrade apa yang boleh.

Berdoa lah, supaya kita jumpa hidayah yang dalam diam sebenarnya semua orang kat dunia nak jumpa.

One thought on “Tentang turning point

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s