Processed with VSCO with 4 preset
Processed with VSCO with 4 preset

Itu hari aku tengok sendiri, macam mana impak dia kalau anak kena pulau dengan budak2 lain. Anak kami, dia ada masalah dengan speech. Masa umur dia 3 tahun, butir perkataan dia pakai sangat minimal, so aku bawak jumpa speech therapist. Lepas beberapa sesi, diorang bagi laporan, anak speech delay 12 months ++. Kiranya, keupayaan anak untuk bercakap pada umur 3 tahun ialah sama macam budak 1 1/2 tahun. Which is fine, sebab pada aku development anak2 banyak dipengaruhi dengan sikap kita sebagai mak bapak. Aku rasa aku tak buat benda yang cukup — borak dengan dia, spend masa dengan dia etc.

Kesian nya pada anak, sebab dia susah nak berkawan, bila dia experience rejection, dia ada masalah bersosial. So seperti mana kanak2 yang belum reti bercakap, cara dia nak dapat perhatian ialah menangis. Dalam kes anak kami, dia buat perangai. Main kasar & suka tolak2.

Syukur perangai tu sikit demi sikit dah takda, kawan2 dia kat sekolah dah mula terima dia, dah mula include dia dalam games.

Tapi aku sedih bila anak2 rakan2 Muslim ramai2 pakat pulau dia, sebab diorang tak paham apa dia cakap. Aku sedih bila dia kena halau keluar dari bilik bila budak2 lain main dalam bilik tu. Aku sedih bila semua budak2 berhenti bermain bila anak kami berjaya masuk bilik  tu. Terasa macam nak balik rumah time tu jugak (masa tu kami attend open house raya kawan kat sini).

Lama-lama dia mula jadik macam aku, malas campur orang lain. Jumpa bila perlu dan jadi independent… Not sure if its a good thing, yet. Cuma aku dah mula nampak benda similar yang mungkin boleh jadi bila kami kembali ke Malaysia nanti.

One thought on “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s