Kindy!

30 Jan 2017. Hari pertama kindy kat sini. Seronok? Mesti lah. Dia ni mana reti nangis kalau pegi sekolah.

Selisih dengan budak-budak sekolah, ada a few yang tengok aku tak kelip. Takde sapa pakai tudung kat primary school ni.

Ada sorang budak ni menangis kat pagar, jerit-jerit panggil mak dia. Cikgu cuba pujuk. Lama jugak cikgu & budak tu duduk kat pagar.

Sekolah kat Oz ni, play-based. Makna kata, silibus dia seronok. Lain dari apa kat Malaysia, lebih kepada akademik. Sebab tu kalau budak tu tak pandai membaca masa darjah 1, kemungkinan dia dinilai sebagai ‘tak pandai’ itu sangat tinggi. Tengok buku teks sekolah pun sangat pelik. Subjek BM macam level tinggi betul untuk anak-anak yang baru nak merasa jadik budak sekolah.

Anyway, balik kepada budak yang menangis tadi, aku terpikir kenapa dia menangis padahal dalam kelas keje kebanyakan nya melibatkan mainan. Mungkin, sebenarnya, bukan sebab sekolah tu play-based VS academic-based. Sebenarnya terpulang kat tahap ‘matang’ anak-anak, tahap ‘sedia’ nak ke sekolah. Lain budak, lain tahap penerimaan terhadap benda keliling.

Pengajaran kat sini, walaupun kita ada sistem untuk ukur tahap pembesaran budak-budak, kena masuk jugak elemen ‘tak-semua-manusia-sama’.

img_5279
Ni Ben, kawan dia dari preschool. Budak ni ada ADHD & on medication. Kat leher dia ada gantung rubber chewables, untuk dia kunyah bila sensory overload.
img_5281
Mak ayah yang saspen dengan anak-anak masing-masing hehe.
img_5323
Buku kegemaran budak ni.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s