Pelaburan jangka panjang (ini post pasal kerusi kereta budak2)

Masa anak dilahirkan, rezeki kami mak bapak baik– banyak hadiah. Kebanyakannya 2nd hand, dan kami lagi bersyukur sebab kami ada peluang panjangkan lagi hayat barang2 orang lain. Tak baik membazirrrr.

Dari masa anak dalam perut aku dah niat nak bagi dia duduk dalam carseat. Taknak ajar dia duduk atas riba. Sebab aku tau aku akan ke luar negara dan peraturan sana semestinya kena pakai carseat. Bila balik bercuti, supaya dapat teruskan budaya duduk atas carseat, kami beli 2nd hand carseat jenama Graco ni kat cash converters. Harga dia agak mahal walaupun 2nd tapi aku cakap kat laki aku— berbaloi.

Bila dah menetap balik kat Malaysia ni dan anak dah makin besar aku dah mula pikir nak kena carik booster seat. Dalam keadaan ekonomi sekarang, aku berkira2 nak beli yang baru. Kebetulan abang pulangkan carseat Graco ni sebab anak dia dah tak muat nak pakai. YAY! Aku memang agak yang dia punya backrest ni boleh cabut. Dan berjaya! So masalah selesai haha.

Beli dan kongsi la barang2 budak dengan family & kawan2. Banyak faedah dia tau :)

IMG_7839IMG_7837

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s