Cerita tahun 2012 dulu.

Pengajian Master di Malaysia ambik masa sekurang-kurangnya 2 tahun. Melainkan student tu terlalu awesome atau data dah ada sebelum memulakan pengajian. Aku ambik masa 5 tahun untuk dapat kelulusan Senat untuk graduat dari pengajian Master.

Kenapa? Sebab macam semua yang ada pengalaman buat postgraduate, hiccups happen.

Tapi apa juga masalah yang kita hadap, sebagai manusia yang fitrah nya resilient & berani mencuba, kita akan bangun balik dan selesaikan apa juga masalah yang kita hadap.

Ada beberapa rakan (tak kira umur) cakap kat aku– orang pandai je buat Master & PhD.

Ya dan tidak.

Ya, kita perlu ada sedikit kelebihan ilmu untuk buat sesuatu yang kita kena buat tanpa cikgu yang ajar setiap benda. Kalau kau buat ijazah, kau akan masuk ke kelas dan pensyarah akan bagi nota & penjelasan pasal subjek yang kau ambik. Kalau buat Master (by research), kau kena belajar sendiri macam mana nak buat kajian. Penyelia semestinya akan membantu, tapi kita juga perlu kreatif & cerdas carik solution. Macam mana nak yakin, tahap kajian kau buat tu, sampai ke tahap pengajian Master. Kalau Master by coursework, dia ada persamaan dengan buat ijazah– hadir ke kuliah dan masuk studio (kalau untuk Master Landscape Architecture).

Dia jadi ‘tidak’ bila, power macam mana pun kau, kau fail bab pengurusan masa & cepat/mudah putus asa. Postgraduate studies is not just about the brains, it is also about resilience. Kalau kau buat penulisan pastu reviewer reject, kau emo tak habis-habis & salahkan editor.. tak kemana lah pengajian kau.

Aku ambik masa 2 tahun lebih untuk hantar tesis dan menunggu beberapa bulan untuk viva. Viva adalah proses Thesis defend, yang mana kalau penulisan kau tak berjaya yakinkan reviewer kau layak dapat Master, kau boleh ambik peluang ni untuk cakap dan terangkan dengan lebih lanjut. Hasil viva nanti, sama ada kau kena tambah atau buang beberapa perkara dalam tesis, buat pembetulan dan hantar semula pada reviewer. Selesai tu, selesai lah pengajian kau.

Bila masa untuk viva sampai, reviewers aku tak puas hati dengan experimental setup. Di awal pengajian Master, aku duduk dibawah projek berkenaan perception towards signs. Aku masa tu tak boleh nak proses macam mana perception berfungsi. Dan aku tak berapa gemar bila kena buat kajian berkenaan benda yang tidak tangible. Masa ni aku sedar, aku lebih suka quantitative science berbanding qualitative science. Lepas hampir 2-3 bulan aku buat keputusan untuk tukar tajuk dan tukar penyelia. Ada yang tak senang tapi pada aku, kalau aku nak pakai 3-4 tahun untuk buat sesuatu, aku nak buat benda yang aku suka.

Jadi aku tukar, kajian mengenai pokok yang boleh serap volatile organic compounds (VOC) atau racun dalam udara. Buat dan buat, tulis tesis, viva. Tapi kena resubmit. Aku ambik masa setahun untuk buat semula eksperimen. Carik lokasi lain, buat log, analisis, tulis semula tesis, dan hantar semula ke reviewer untuk viva sekali lagi. Masa ni, aku sedang mengandung anak pertama. Ada yang risau kut aku stress, kerana stress & pregnancy are not best friends. Viva kali kedua berakhir dengan baik.

Akhirnya tahun 2012, aku dapat kelulusan senat untuk graduat.

Trend sekarang di media sosial, ramai kongsi berita gembira — anak dapat nombor 1, dapat semua A, dapat masuk top university, dapat kerja gaji riban-riban, tayang logo kereta. tayang jam mahal, tayang kegembiraan bercuti sana-sini. Fakta– tak semua berjaya dan tak semua ada benda gembira nak kongsi.

Kalau aku ada pun, aku tak terasa nak kongsi semua di media sosial.

Kita kena kongsi juga kejatuhan kita. Benda macam ni boleh jadik motivasi pada yang sedang jatuh, supaya diorang tahu, you are not alone. Dan kau BOLEH bangkit semula. Kena tahu pujuk diri sendiri dan tahu siapa yang boleh tolong kita. Kena tahu macam mana nak mintak tolong.

Jangan malu untuk minta tolong.

Jangan sombong untuk minta tolong.

Jangan takut untuk minta tolong.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s