Cerita tahun 2012 dulu.

Pengajian Master di Malaysia ambik masa sekurang-kurangnya 2 tahun. Melainkan student tu terlalu awesome atau data dah ada sebelum memulakan pengajian. Aku ambik masa 5 tahun untuk dapat kelulusan Senat untuk graduat dari pengajian Master.

Kenapa? Sebab macam semua yang ada pengalaman buat postgraduate, hiccups happen.

Tapi apa juga masalah yang kita hadap, sebagai manusia yang fitrah nya resilient & berani mencuba, kita akan bangun balik dan selesaikan apa juga masalah yang kita hadap.

Ada beberapa rakan (tak kira umur) cakap kat aku– orang pandai je buat Master & PhD.

Ya dan tidak.

Ya, kita perlu ada sedikit kelebihan ilmu untuk buat sesuatu yang kita kena buat tanpa cikgu yang ajar setiap benda. Kalau kau buat ijazah, kau akan masuk ke kelas dan pensyarah akan bagi nota & penjelasan pasal subjek yang kau ambik. Kalau buat Master (by research), kau kena belajar sendiri macam mana nak buat kajian. Penyelia semestinya akan membantu, tapi kita juga perlu kreatif & cerdas carik solution. Macam mana nak yakin, tahap kajian kau buat tu, sampai ke tahap pengajian Master. Kalau Master by coursework, dia ada persamaan dengan buat ijazah– hadir ke kuliah dan masuk studio (kalau untuk Master Landscape Architecture).

Dia jadi ‘tidak’ bila, power macam mana pun kau, kau fail bab pengurusan masa & cepat/mudah putus asa. Postgraduate studies is not just about the brains, it is also about resilience. Kalau kau buat penulisan pastu reviewer reject, kau emo tak habis-habis & salahkan editor.. tak kemana lah pengajian kau.

Aku ambik masa 2 tahun lebih untuk hantar tesis dan menunggu beberapa bulan untuk viva. Viva adalah proses Thesis defend, yang mana kalau penulisan kau tak berjaya yakinkan reviewer kau layak dapat Master, kau boleh ambik peluang ni untuk cakap dan terangkan dengan lebih lanjut. Hasil viva nanti, sama ada kau kena tambah atau buang beberapa perkara dalam tesis, buat pembetulan dan hantar semula pada reviewer. Selesai tu, selesai lah pengajian kau.

Bila masa untuk viva sampai, reviewers aku tak puas hati dengan experimental setup. Di awal pengajian Master, aku duduk dibawah projek berkenaan perception towards signs. Aku masa tu tak boleh nak proses macam mana perception berfungsi. Dan aku tak berapa gemar bila kena buat kajian berkenaan benda yang tidak tangible. Masa ni aku sedar, aku lebih suka quantitative science berbanding qualitative science. Lepas hampir 2-3 bulan aku buat keputusan untuk tukar tajuk dan tukar penyelia. Ada yang tak senang tapi pada aku, kalau aku nak pakai 3-4 tahun untuk buat sesuatu, aku nak buat benda yang aku suka.

Jadi aku tukar, kajian mengenai pokok yang boleh serap volatile organic compounds (VOC) atau racun dalam udara. Buat dan buat, tulis tesis, viva. Tapi kena resubmit. Aku ambik masa setahun untuk buat semula eksperimen. Carik lokasi lain, buat log, analisis, tulis semula tesis, dan hantar semula ke reviewer untuk viva sekali lagi. Masa ni, aku sedang mengandung anak pertama. Ada yang risau kut aku stress, kerana stress & pregnancy are not best friends. Viva kali kedua berakhir dengan baik.

Akhirnya tahun 2012, aku dapat kelulusan senat untuk graduat.

Trend sekarang di media sosial, ramai kongsi berita gembira — anak dapat nombor 1, dapat semua A, dapat masuk top university, dapat kerja gaji riban-riban, tayang logo kereta. tayang jam mahal, tayang kegembiraan bercuti sana-sini. Fakta– tak semua berjaya dan tak semua ada benda gembira nak kongsi.

Kalau aku ada pun, aku tak terasa nak kongsi semua di media sosial.

Kita kena kongsi juga kejatuhan kita. Benda macam ni boleh jadik motivasi pada yang sedang jatuh, supaya diorang tahu, you are not alone. Dan kau BOLEH bangkit semula. Kena tahu pujuk diri sendiri dan tahu siapa yang boleh tolong kita. Kena tahu macam mana nak mintak tolong.

Jangan malu untuk minta tolong.

Jangan sombong untuk minta tolong.

Jangan takut untuk minta tolong.

Advertisements

Perbualan #15

Tahun depan anak Darjah 1. Sejak awal tahun aku dah mula sikit-sikit cakap pasal dia nak kena tido asing. Sampai sekarang budak bertuah ni co-sleeping dengan kitorang. Mama & Baba have trouble of letting go hahaha.

Semalam dia sibuk nak selit baring atas sofa.

M: Remember Aidan, soon you have to sleep on your own space.

A: OK but remember to put the bed near to yours. Put it in the same room

Macam la bilik mama besar Aidan oi….

KKS ke Bukit Cherakah

Benda dah seminggu yang lepas. Nak cerita macam banyak sangat. Gambar pun banyak gila. So aku pilih sikit & simpan gambar saja lah.

22046677_10214106658317611_6884354915778691347_n
Bangunan utama Laman Budaya. Kami semua tido sini. RM200 satu malam. Satu rumah boleh muat 3-4 family tapi tido lambak ah.
22008399_10214106719239134_451621054751295361_n
Intro untuk hari pertama– bawak budak2 main air.
21768071_10214106661517691_6718907597202756090_n
Main kad 1 round sebelum mula aktiviti hari ke 2
22007463_10214106664837774_5276327365940080815_n
Tengok kuda. Ada yang kena tendang hari tu. Orang dewasa la, bukan budak2
22045751_10214106712118956_8469778637517189416_n
Yang paling kecik tu anak sayaaaaa
21768267_10214106668117856_7635301187687586224_n
Bagi makan sikit. Area petting zoo ni percuma
21766619_10214106668997878_2886522648342886213_n
Tempat ni bayar sikit. Tak sampai rm5
21766453_10214106702638719_1058370214033900356_n
Petang jom naik ATV masuk hutan carik air terjun
22050164_10214106705638794_2189641409688804176_n
Trekking sikit. Sikit je.
21766484_10214106708318861_7249817344430094730_n
Merasa la budak2 ni naik truck beramai2
22008023_10214106717719096_4000292718680610221_n
OK. Next location?

Perbualan #14

Pagi2 anak aku ni mesti akan bersin-bersin. Banyak laa hingus dia akan keluar. Apa orang kata, sinus problems. Sama macam family Baba dia. Dan setiap kali dia bersin dia akan tanya kenapa la dia banyak hingus.

Tapi pagi ni jawapan dia lain sikit–

A: Why do I have a lot of slime in my nose?
M: You’re just like Baba.
A: Don’t say I’m like Baba. We two are not the same. But we are family.

Tau takpe.

Perbualan #13

Bermalasan dengan anak, baring2 sambil layan anime Yokai–

“Why are you lying on my body?”

“I was in your tummy before”

“Yeah but why are you lying on my body?”

“Because I love you so much”

“Okay”

PANDAI BETUL TAU SEKARANNNGGGGGG

Satu hari nanti, perbualan #12

“Kau ni siapa?”

“Mon”

“Anak siapa?”

“Anak Sifah”

“Ooooo. Anak kau berapa?”

“5”

“Alhamdulillah”

Lepas 2-3 minit.

“Kau ni siapa?”

“Mon”

“Anak siapa?”

“Anak Sifah”

“Ooooo. Anak kau berapa?”

“5”

“Alhamdulillah”

Lepas 2-3 minit, soalan yang sama ditanya lagi. Aku tengok nenek sedara aku tanya mak aku soalan yang sama berulang-kali, buat aku rasa sayu.

Satu hari nanti, kita semua akan tua. Kalau diizin Tuhan untuk merasa tua, Alhamdulillah syukur. Untuk masa ini, kita yang muda ni kena sentiasa jaga mak/ayah kita. Bila mak/ayah kita dah mula masuk fasa nyanyuk, they need us more than ever.

Pasal plastik 20 sen

Masuk KFC. Nak cuba Double Down dia.

Pastu kena charge 20sen sebab dia kena letak makanan yang dia jual dalam plastik.

Mungkin la kan, TUKAR PAKAI BEG KERTAS. Cuba tiru McD sikit.

Lepas ni aku nak bawak bekas plastik suruh dia isi dalam tu.

IMG_7946IMG_7947

Nota kaki: DOUBLE DOWN DIA NOHOROOMMMM SEDAPPPPPP