Pokemon dan kawan-kawan

Pantang nampak buku pokemon, mesti dia berulang-kali mintak. Dia carik natang jigglypuff ni semata-mata nak cakap yang benda alah tu evolve 2 kali. Aku duk pikir sekali tapi dia kata aku salah. So bila dia buktikan aku salah, muka puas hati gila.

Rasa nak sekeh je haha.

Bila anak tunjuk minat, guna minat dia tu. Ajar perkataan baru & ajar dia baca sekali. Mat saleh kata– kill two birds with one stone.

img_5014img_5015

Tak lebih 3 bulan

Yasssssssssss. Ada lagi 2 bulan lebih sebelum aku kembali ke Malaysia. Dalam pada kepala pening buat keje, ingatan kat rumah & family kat Malaysia tak pernah sesekali lekang.

Rasa rindu kat negara sendiri tu, yang merantau saja paham. Playing tourist & living overseas is not the same thing, unfortunately.

Ambik yang baik, elak yang buruk

Perihal pakcik Trump menang pilihanraya kat US tu, banyak hikmah & pengajaran dia. Jangan suka tengok benda bongok dia cakap atau macam mana pelik dia pikir pasal orang lain keliling dia.

Belajar ambik mana yang baik dan elak mana yang buruk.

Positif kena terus. KENA TERUS.

Pilihanraya US tahun ni satu panduan kat kita jugak. Kuasa rakyat sebenarnya boleh lawan kuasa pemerintah. Jangan terkejut, kalau Malaysia sama huru-hara macam negara lain bila pilihanraya datang.

Orang yang terdesak, mampu buat apa saja untuk lari daripada desakan.

Untuk pemimpin, harap nya buka lah mata hati. Takkan takde sikit pun rasa gentar dalam hati pasal amaran Allah Taala tentang berlaku adil dan saksama? Takkan ajaran kristian/buddha/etc takde sebut pasal berbuat baik sesama manusia?

Book fridge

img_3523Tengah kayuh pegi sekolah, nampak peti sejuk tengah padang. Interesting.

img_3524Rupa-rupanya mini library!

img_3525Buku diorang letak dalam fridge ni, supaya takde la basah bila hujan & tak terbang bila angin kuat.

Aku suka betul idea ni, so kalau takde library dekat dengan rumah, boleh nak pinjam buku. Fakta paling utama kat sini– masing-masing jujur dan tak CURI buku ni. Kemudahan percuma ni untuk sapa2 yang suka membaca swap buku yang diorang ada. Siap ada notebook kecik untuk book reviews.

Angan-angan aku bila nampak benda ni, ialah nak buat satu untuk buku kanak-kanak. Area rumah aku kat Kajang nun ada ramai budak2. Boleh la kut buat reading/storybook corner kat laman depan yang memang jadik laluan budak2 pegi sekolah. Rumah tanah lot & takde pagar, budak2 suka hati je jalan haha.

Perbualan #10

Bengkel penulisan jurnal minggu lepas, masing-masing ada writing buddy yang tolong tengok/baca apa kita tulis. Tiap hari habis bengkel, kita kena swap hasil kerja masing-masing & bagi komen.

Writing buddy aku nama dia Tom. Dia landscape designer/artist, buat PhD pertikai pasal cara orang sekarang buat keputusan dalam pembangunan.

Aku: Thanks Tom, your comments really help me frame my introduction.

Tom: Yeah your comments were very useful too.

Rich: Oh no, Tom helps you? You must be more lost now.

Aku: Well, you have to be lost in order to be found.

Rich: Hey, Jesus said that, I think. OMG you must be Muslim.

All three: HAHAHAHAHA.

Get it? Get it?

Terkini, buat masa ni

OK, apa eh yang dah jadik?

Lepas midterm, aku ada bengkel ‘from science to policy’. Mungkin berguna kalau aku perlu berurusan dengan pihak “berkuasa” pasal nak kata– oksigen kena cukai kalau tebang pokok banyak2. Duit cukai tu boleh tampung kos tanam pokok baru.

Cukai oksigen. Ekstrim betul.

Lepas bengkel tu, ada pulak ‘writing workshop’. Yang mana dengan magis aku buat 50% research paper draft dalam 3 hari. Tapi lepas tu flat sebab migraine. Penat perah otak katanya.

Lagi 4 bulan. Fuhhhh.

Gaya hidup

Ramai cakap, macam mana kita belanja duit kita dipengaruhi oleh gaya hidup. Besar periuk, besar la kerak dia. Ramai orang komplen, pasal gaji kecik & tak cukup. Jangan lupa, bila gaji kita dinaikkan 1k, tak semestinya lepas tu kau dah tak akan susah. Selalu kita akan tempted beli benda yang tak berapa perlu bila tengok ada duit lebih sikit hehe.

Yang agak kelakar bila orang yang komplen tu lah yang pakai iPhone, pakai kereta besar atau motor besar. Kalau dah agak2 tak mampu, jangan la beli benda yang melampau mahal nye. Belanja ikut mampu, orang kata.

Aku teringat orang share pasal perangai orang kaya yang belanja minimal. Aku paling suka tips Jay Leno pakai. Dan aku rasa sebab ramai je yang sekarang buat side business, boleh pakai tips dia ni. Asalkan make sure modal dapat balik sebelum mula sekat belanja dari job #2.

superrichhabi

Tak salah kalau cuba, kan?

Poster penuh, sila klik ‘read more’.

Read More »