Perjalanan PhD: Tamat.

13 Julai 2023. Secara rasmi tamat pengajian PhD aku.

PhD in Environmental Science, Australian National University.

Setelah bertahun-tahun naik dan gagal berkali-kali akhirnya direzekikan naik pentas ambil skrol. Tak ramai yang betul-betul tahu cabaran aku hadap untuk akhirnya disarung hood warna smalt (blue) tu. Ada la dalam 3 kali aku sebut ‘I am done‘. Aku tak sanggup nak habiskan.

Tapi aku ingat pesan arwah ayah—finish what you start. Macam mana pun kena habiskan. Pedih macam mana, susah macam mana, serabut macam mana–Tuhan tak akan uji kalau aku tak boleh hadap. Semestinya sebagai manusia aku pernah betul-betul give up sebab tak tahan dengan sakit dalam otak dan hati. Aku boleh handle physical pain, insyallah. Ni (tunjuk kepala), ni susah nak kata.

College of Science & CHM student graduate at Llewellyn Hall ANU in Canberra, ACT, Australia 13.July.2023 (Nic Vevers/ANU)

Sambutlah pencapaian sendiri, tak kisah besar mana pun.

Tinggalkan komen