Perjalanan PhD: Tamat.

13 Julai 2023. Secara rasmi tamat pengajian PhD aku.

PhD in Environmental Science, Australian National University.

Setelah bertahun-tahun naik dan gagal berkali-kali akhirnya direzekikan naik pentas ambil skrol. Tak ramai yang betul-betul tahu cabaran aku hadap untuk akhirnya disarung hood warna smalt (blue) tu. Ada la dalam 3 kali aku sebut ‘I am done‘. Aku tak sanggup nak habiskan.

Tapi aku ingat pesan arwah ayah—finish what you start. Macam mana pun kena habiskan. Pedih macam mana, susah macam mana, serabut macam mana–Tuhan tak akan uji kalau aku tak boleh hadap. Semestinya sebagai manusia aku pernah betul-betul give up sebab tak tahan dengan sakit dalam otak dan hati. Aku boleh handle physical pain, insyallah. Ni (tunjuk kepala), ni susah nak kata.

College of Science & CHM student graduate at Llewellyn Hall ANU in Canberra, ACT, Australia 13.July.2023 (Nic Vevers/ANU)

Sambutlah pencapaian sendiri, tak kisah besar mana pun.

Perjalanan publish jurnal

Tengah bukak email lama, jumpa pulak a string of emails, back and forth dari aku ke Journal of Urban Technology (JUT) beberapa tahun lalu. Dan of course triggered aku untuk tulis pasal ni.

Sebab sebagai pensyarah uni, selain mengajar, kena juga buat jaringan dengan industri, kena buat kerja-kerja sosial dan jugak kena publish paper. Selalunya bila uni mintak Q1-Q2 papers ni aku rasa macam wow. Sesungguhnya perjalanan aku publish dalam high impact paper ni memang ambik masa.

Buat masa ini, dari thesis PhD aku dah ada 2 paper published. Satu dalam JUT dan satu dalam Urban Forestry and Urban Greening (UFUG).

Jadi untuk kronologi submission paper aku ke JUT—-

8/3/2017 – Upload manuskrip
29/11/2017 – Reviewer pulangkan manuskrip for corrections etc
6/7/2018 – Returned the revised manuscript
3/5/2019 – Paper accepted for publication

Kronologi submission aku ke UFUG pulak—-

8/11/2017 – Upload manuskrip
15/1/2018 – Reviewer pulangkan manuskrip for corrections etc
23/4/2018 – Returned the revised manuscript
24/4/2018 – Paper accepted for publication

So cerita dia kat sini, bila uni letak benchmark kena publish 2 paper setahun aku rasa terlalu…. over? Sebab kalau korang tengok kronologi 2 journal kat atas ni, ada yang cepat ada yang lambat. Selalunya bergantung kat tenaga kerja jurnal tu, content penulisan kita macam mana, how soon reviewer boleh pulangkan manuskrip, dan jugak berapa cepat kita boleh respon kat komen-komen reviewer.

Ya, kalau researcher full-time aku rasa boleh je fulfil KPI tu. Tapi tujuan utama aku berminat nak jadi pensyarah ialah sebab aku suka mengajar, suka sharing info. But I guess menulis journal ni pun salah satu cara nak share info. So. Yeah. Kena buat jugak.

Nak komplen pun tak guna sebenarnya. Cuma aku nak ingatkan kat aku, perjalanan untuk aku stand where I am right now sangat jerih dan perih. Nak habiskan PhD tu pun cerita dia panjaaaanggg sangat. Tapi terlalu personal untuk aku share secara public.

So lepas ni nak publish pulak lagi 2 manuskrip, dari PhD thesis aku ni ha.

Reflection of the day

Bila umur cecah 40 tahun ni, akan ada perkara yang aku akan pikir balik dan tanya soalan—what if.

Persoalan melibatkan pilihan–

  1. What if aku masuk sekolah teknik?
  2. What if aku stay SMAKL sampai form 5?
  3. What if aku pursue bidang farmasi?
  4. What if aku berkawan dengan XX bukan dengan circle sekarang?
  5. What if aku beli Satria GTi bukan beli Kelisa?
  6. What if aku pegi audition untuk jadi drummer untuk all girl band kat Sentul dulu?
  7. What if aku pilih yang lain? Decide yang lain?

Banyak betul aku punya—what if. Tapi benda dah lepas so no point in dwelling atas benda yang kita tak boleh nak ubah dan kawal. Tapi Allah itu Maha Penyayang, Adil dan Memberi.

Apa yang boleh aku buat ialah buat keputusan based on akal dan juga guided by personal experience.

Suatu masa dulu (versi anak)

Aidan grew up in Canberra, Australia. Sejak umur 2 tahun sampai awal 6 tahun. He got the opportunity to enjoy pre-school and early kindy in Lyneham Primary. Kalau tak kena bayar yuran tahunan yang mahal tapi tahun Aidan mula sekolah kami international students dapat fee waiver. Free school!

So post kali ini ialah nak letak gambar2 Aidan masa sekolah dulu. Kenangan yang masih dia ingat dalam kepala. Sebab sistem sekolah kat sana buat budak2 SUKA pegi sekolah. So Aidan, if you are reading this one day, remember you had a wonderful childhood :)

Pre-school in Downer

Kindy

Aidan tak lama kat Kindy sebab bulan 3 tu kami dah fly balik Malaysia for good. I wished I applied for PR back then.

Will add up more. Gambar dia merata2, storage sana-sini.

Aquaria visit 2022

Aidan’s 2nd visit and Akleema’s 1st visit to Aquaria KLCC! The kids really really enjoyed the trip. Akleema is starting to understand things that happens around her and got so excited she didn’t want to leave 😆

We took the train from Serdang and switched at KL Sentral. I was worried at first but both kids behaved okay so yeah we can definitely do this again later.

I’m glad I brought these sweaters. It was a bit cold and it was raining outside.

During Aidan’s first visit he was overwhelmed by the size of the fish. So now he really enjoys this trip.

Next trip? Zoo perhaps ☺️

Mengukur sukses

What is your definition of success?

Lately banyak orang share pasal anak2 depa dapat A berderet2 dalam kelas. Pasal dapat nombor 1. Pasal menang tak pernah kalau kalau masuk pertandingan apa2.

But for real, it that the ONLY definition of success?

Kita disogok pasal meraikan anak2 yang pandai sampai lupa pasal improvements and growth. Pada aku 2 benda tu paling penting dan aku pakai sebagai pengukur sukses.

Anak2 aku both are different in many ways. Mula2 aku pakai benchmark Aidan untuk ukur Akleema punya growth tapi sekarang tak lagi. Dua2 berkembang dalam cara sendiri & achievement mengikut umur diorang pun tak sama. Aidan umur 3 tahun dah mula salin ABC, Akleema fine motor skills dia power.

So. Instead of having this ‘race’ on which kid is smarter, I accept their growth & achievements accordingly.

Sebab Tuhan jadikan manusia ni semua pun berlainan.